Sentimen Pasaran Dalam Suasana Berisiko Pada Selasa

411

Matawang Yen menguat pada Selasa berikutan risiko geopolitik yang melonjakkan permintaan terhadap matawang safe-haven Yen dengan US dollar meleset berbanding matawang utama yang lain.

Kenaikan dalam pasaran saham China semalam terhenti dengan pasaran terbesar Asia itu merekodkan kejatuhan besar pada Selasa, sekaligus memberi kesan hingga ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Presiden Trump sebelum ini telah keluar daripada perjanjian nuklear dengan Rusia, ditambah lagi dengan krisis diplomatik dengan Arab Saudi.

Selain itu, kebimbangan terhadap perang dagang AS-China dan juga ketidaktentuan politik di Eropah juga sedang diikuti rapat oleh pasaran.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan sebanyak 0.16% setakat pada pukul 5.37 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.10%, di mana GBP/USD didagang naik 0.25%. USD/JPY pula susut 0.52%, dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang meningkat 0.13%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.01 dan 0.12% setakat ini.

Matawang Euro pada awal dagangan Selasa merosot hingga menghampiri paras terendah dua bulan lalu pada Selasa sebelum berlangsungnya mesyuarat Suruhanjaya Eropah (EC) tentang bajet Itali. Pasaran menjangka EC tidak akan meluluskan cadangan bajet tersebut kerana melanggar peraturan.

Pertelagahan dalam perbelanjaan kerajaan Itali dan keraguan terhadap kepimpinan di Britain telah banyak memberi kesan kepada matawang Euro dan Sterling pada Isnin.

Hal ini telah menambah lagi sentimen berisiko dalam pasaran global sekaligus menguatkan matawang Yen dan Swiss Franc. Dalam masa yang sama matawang berkadar faedah tingggi AUD dan NZD pula tertekan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat