Sentimen Pasaran – Data ADP Lemah Dari Jangkaan Mengekang Pengukuhan AS Dolar?

244

Matawang US dolar terus meneruskan pengukuhannya berbanding matawang utama walaupun sedikit tertekan dengan pertumbuhan ADP yang sederhana dan kurang dari jangkaan. Pengukuhan US dolar telah meraih sokongan daripada data pembuatan AS yang lebih baik daripada jangkaan.

Data ADP yang dikeluarkan pada hari Rabu menunjukkan pekerjaan sektor swasta meningkat sebanyak 428,000 pekerjaan pada bulan lepas. Data pada bulan Julai telah dinilai semula menunjukkan sebanyak 212,000 pertambahan pekerjaan berbanding laporan awal iaitu sebanyak 167,000.

Data ini membawa indikasi bahawa pasaran buruh AS bertumbuh dengan perlahan yang disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang masih berterusan dan rangsangan fiskal yang semakin berkurangan. Pasaran menjangkakan data NFP akan mencatat peningkatan sebanyak 1.4 juta pada bulan lepas.

Disisi lain, matawang Euro menyusut sebanyak 0.67% berbanding US dolar pada paras bacaan 1.1835 setakat jam 10.15 p.m. Penyusutan matawang Euro antaranya disebabkan data jualan runcit Jerman jatuh sebanyak 0.9% pada bulan Julai. Data ini adalah jauh tersasar dari sasaran pakar ekonomi yang menjangkakan 0.5% peningkatan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.775 setakat jam 10.25 p.m.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat