Sentimen Pasaran Dijangka Kembali Berisiko, Apa Jangkaan Pergerakan Harga Pada USD/JPY?

494

Pelabur belum boleh menarik nafas lega setelah sentimen pasaran dilihat semakin pulih susulan laporan bahawa Amerika Syarikat dan China bersetuju untuk tindakan pembatalan tarif.

Kini terdapat kenyataan bercanggah dari White House berhubung perkara tersebut. Cadangan untuk pembatalan tarif dikatakan tidak termasuk dalam sebahagian syarat perjanjian fasa pertama yang dirunding oleh Presiden AS Donald Trump bersama Timbalan Presiden China, Liu He pada Oktober lalu.

Kenyataan pembatalan tarif tidak disahkan oleh sesiapa dari White House dan Wakil Perdagangan AS juga tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. Kekeliruan yang timbul ini bakal mempengaruhi perubahan sentimen pasaran sekali lagi.

Namun, jurucakap White House kekal optimis perjanjian perdagangan bersama China akan ditandatangani sekaligus mengakhiri perang dagang yang berlarutan memasuki tahun kedua.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga telah mencatatkan hampir 90 pips kenaikan pada dagangan semalam berikutan perkembangan positif rundingan dagang AS-China yang dilaporkan sebelum ini.

Harga pada sesi pasaran Asia semalam pada mulanya membuat penurunan sehingga ke zon RBS (resistance become support) pada sekitar 108.700 sebelum membuat lonjakan harga.

Harga membuat kenaikan melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum menguji zon resistance pada ketinggian yang dicapai Selasa lalu.

Momentum pengukuhan harga diteruskan sehingga harga berjaya menembusi zon resistance tersebut sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru hampir menyentuh paras harga 109.500. Paras ketinggian tersebut juga adalah tertinggi sejak dagangan Mei lalu.

Namun harga kembali membuat penurunan semula dan mendatar di sekitar 109.300 sehingga harga bersambung pada dagangan hari ini.

Harga masih berlegar di zon RBS tersebut sehingga sesi Eropah hari ini. Matawang USD akan menantikan data keyakinan pengguna pada sesi New York pula untuk memacu arah pergerakan harga sebelum dagangan minggu ini menutup tirainya.

Lihat gambar carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat