Sentimen Pasaran: Ekonomi Zon Eropah Berada Dalam Tekanan!

245

Matawang euro hanya mengukuh sedikit daripada paras terendah 2019 yang dicapai semalam berbanding US dolar. Hal ini disebabkan kekhuatiran terhadap pertumbuhan ekonomi zon Eropah dan inflasi, ditambah pula dengan Brexit pada akhir bulan hadapan.

Ekonomi zon Eropah terus berada dalam tekanan selepas laporan soal selidik keyakinan perniagaan daripada Itali dan Sepanyol dilaporkan lemah.

Disisi lain matawang pound sterling juga menyusut sedikit berbanding US dolar selepas Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank of England (BoE) Michael Saunders mengatakan bahawa UK kini dihimpit dengan ketidakpastian ekonomi yang tinggi. Justeru beliau menyokong agar kadar faedah direndahkan, namun no-deal Brexit akan membuatkan hal ini mustahil.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 98.762 setakat jam 10.35 p.m.

Pada hari Khamis, Pegawai tertinggi Jerman di European Central Bank (ECB) Sabine Lautenschlager telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan secara mengejut. Sebahagian berpendapat tindakan Lautenschlager didorong sebagai tanda protes terhadap bank pusat untuk memulakan semula program pembelian bon besar-besaran. Setakat ini Lautenschlager tidak menjelaskan sebab utama perletakan jawatan beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat