Sentimen Pasaran Forex Dalam Sesi Awal Pembukaan Market New York

52

Permintaan aset ‘penyimpan nilai’ mendominasi pasaran sejak Isnin dengan ketegangan geopolitik global terus menyokong komoditi emas di mana Yen juga terus mengukuh.

Citarasa kepada risiko (Risk-Appetite) semakin berkurangan dalam sesi awal dagangan New York dengan AS masih mengekalkan pendirian tegas kepada Korea Utara. Kini ketegangan juga timbul di antara AS dan Rusia dan menjadi perhatian global.

Usd/Jpy masih berada di bawah tekanan dan kejatuhan di bawah paras 110.00 telah menolak pasangan matawang ini berterusan sehingga kini didagang di sekitar 109.60.

Pasaran saham Amerika Syarikat juga di bawah tekanan dengan S&P500 susut 0.7%. Hasil bon Amerika Syarikat turut susut dengan sokongan terus kepada emas di mana harga emas ketika ini di sekitar $1274.00.

Komen oleh Presiden Fed cawangan San Francisco bahawa kenaikan 3-4 kali kadar faedah adalah bersesuaian hanya memberi kesan minimum kepada pasaran.

Rundingan yang dijalankan oleh Rusia dan Setiausaha Negeri AS Tillerson terus menyebabkan ketidaktentuan dalam sesi dagangan Rabu.

Trend dagangan dengan sentimen ‘risk-off’ dijangka akan terus mendominasi pasaran sepanjang 48 jam dari sekarang dengan jangkaan pergerakan mengejut pasaran berikutan kecairan pasaran yang semakin berkurangan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat