Sentimen Pasaran Forex Global Setakat Hari Ini

37

US dolar hari ini menguat berbanding enam matawang utama dunia yang dapat dilihat dalam indeks US dolar. Hal ini disokong oleh kelemahan matawang Euro berikutan kebimbangan dalam situasi politik di Eropah.

Eur/Usd hari ini sahaja telah mencatatkan penurunan hampir 100 pip ke paras terendah di 1.0655. Manakala Indeks US dolar kini berada di 100.56 hampir mencatatkan kenaikan terbesar sejak dua minggu lepas.

US dolar melemah sejak permulaan 2017 dengan ketidaktentuan polisi yang akan dibawa oleh Trump. Tindakan beliau yang sukar dijangka menjadikan pelabur-pelabur dalam ‘mood‘ berhati-hati dan menyebabkan pergerakan pasaran yang sukar dijangka sejak akhir-akhir ini.

Emas turut mengambil kesempatan dari kelemahan US dolar sejak akhir-akhir ini. Namun, dengan penguatan ‘greenback‘ hari ini, emas terpaksa akur dan sedikit lemah selepas mencapai paras tertinggi di 1237.45.

Berbanding Yen, US dolar hari ini juga menguat hampir 100 pip dan ketika ini berada di paras 112.40. Sebelum ini pihak kerajaan Jepun enggan mengulas ‘komen Trump terhadap matawang’ dan paras harga pasaran matawang bagi Yen. Untuk pengetahuan pembaca Jepun merupakan sebuah negara pengeksport dan memerlukan nilai Yen yang rendah untuk bersaing dengan lebih kompetitif dalam perdagangan global.

Apa yang menjadi kebimbangan pemain-pemain pasaran ketika ini adalah tindakan selanjutnya dari Presiden Trump. Komen tentang matawang sebelum ini memberi isyarat tentang keperihatinan pihak US tentang kekuatan US dolar yang menyukarkan mereka bersaing dalam perdagangan antarabangsa. Sehingga hari ini, pasaran masih lagi ternanti-nanti isyarat yang lebih jelas dari Trump tentang rangsangan fiskal.

Di Eropah pula, Draghi seakan mahu nilai Euro yang lebih rendah dengan ucapan yang agak ‘dovish‘ semalam, sama seperti yang dikatakan beliau dalam penetapan kadar sebelum ini. Secara keseluruhan, pemain pasaran masih lagi menunggu tindakan seterusnya dari Trump dan sehingga itu, pasaran dijangka bergerak dalam keadaan ketaktentuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat