Sentimen Pasaran Forex Pada Awal London Open: USD Paling Lemah

438

US dollar masih didagangkan di bawah paras tertinggi empat bulan lalu berbanding beberapa matawang pada Khamis dengan fokus pasaran kini beralih kepada data-data ekonomi selepas pengumuman FOMC awal pagi tadi.

The Fed pada pagi tadi dilihat sedikit hawkish walaupun mengekalkan kadar faedah di paras 1.75%. Bank pusat juga mengatakan inflasi bergerak hampir ke sasaran 2% tetapi dilihat boleh mempertimbangkan jika inflasi sedikit melebihi paras sasaran tersebut. Oleh itu, pasaran melihat The Fed tidak akan begitu aggresif dalam menaikkan kadar faedahnya di masa hadapan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain jatuh 0.40% setakat pada pukul 3.44 petang. Satu kejatuhan yang agak besar kepada US dollar di mana pasaran sebelum ini menjangka satu kenaikan kadar faedah yang lebih pantas tetapi jangkaan itu meleset selepas penetapan FOMC pagi tadi.

Major pair EUR/USD naik 0.46% dengan GBP/USD naik 0.33%. USD/JPY pula jatuh 0.20%, USD/CAD jatuh 0.32% dan USD/CHF jatuh 0.32%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.47% dan 0.39% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Euro dan AUD, manakala matawang paling lemah adalah USD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/USD dan AUD/USD masing-masing naik 0.46% dan 0.47%.

AUD dan Euro menjadi matawang yang paling kuat ketika ini berikutan terdapat kelemahan terhadap US dollar. Kekuatan AUD juga dibantu oleh data imbangan dagangan (trade balance) yang merekodkan bacaan lebih tinggi daripada jangkaan.

Kelemahan matawang US dollar ketika ini juga banyak membantu kenaikan harga komoditi sekaligus menyokong kenaikan matawang-matawang komoditi (commdolls) seperti CAD dan NZD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat