Sentimen Pasaran Forex Pada Awal Sesi Dagangan Minggu Ini

566

Matawang US dollar ketika ini menguat dalam sesi awal dagangan minggu ini di mana ia hanya melemah berbanding matawang Yen dengan sentimen yang agak berisiko berikutan kebimbangan terhadap isu perdagangan global.

Minggu ini, tumpuan pasaran akan terus terarah kepada ketegangan perdagangan terutamanya yang berkaitan dengan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat telah mencapai kesepakatan dengan Mexico dalam perjanjian NAFTA, tetapi rundingan bersama Kanada terbantut beberapa jam sebelum tempoh akhir tamat pada Jumaat.

Selain daripada itu, pentadbiran kerajaan Trump sedang bersedia untuk mengenakan tariff baru terhadap import dari China, sekaligus menambah ketegangan perang perdagangan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini meningkat sebanyak 0.08% setakat pada pukul 9.43 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang menurun 0.03%, di mana GBP/USD merekodkan kejatuhan 0.25%. USD/JPY susut 0.12%, manakala USD/CAD naik 0.18%. USD/CHF membuat kenaikan 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merosot 0.22% dan 0.36% setakat ini.

Matawang terkuat setakat ini adalah Yen, dan matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pasangan matawang NZD/JPY jatuh 0.50%.

Penganalisis pasaran berpendapat tumpuan utama pasaran masih kepada isu perdagangan.

Trump telah mengarahkan pentadbirannya untuk mengenakan tambahan tariff sebanyak $200 billion terhadap import China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat