Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

481

Matawang dollar USD didagangkan lemah pada sesi pasaran Asia dagangan Khamis setelah permintaan terhadap matawang safe-haven USD terutamanya semakin berkurangan berikutan sentimen pasaran semasa kembali dilihat pulih. Pasaran saham global kembali positif serta matawang EURO turut kembali mengukuh dengan harapan terhadap penyelesaian ke atas krisis belanjawan Itali dalam masa terdekat. Sebelum ini, matawang USD mengukuh ekoran kebimbangan yang melanda pasaran dengan pertumbuhan global yang perlahan dan juga konflik perang dagang Amerika Syarikat dan China yang berlarutan.

Penganalisis pasaran percaya arah kecenderungan nilai matawang USD bakal diukur melalui tempo proses pengetatan polisi monetari oleh Federal Reserve (FED). FED dijangka akan melaksanakan kenaikan kadar faedah kali keempat tahun ini pada Disember nanti, walau bagaimanapun tindakan tersebut menjadi persoalan kepada para pelabur terhadap kekerapan kenaikan kadar faedah oleh FED pada tahun hadapan pula tanpa merisikokan ekonomi domestik, yang mana setakat ini masih seimbang selain kos pinjaman juga turut meningkat.

Dalam perkembangan matawang komoditi, AUD dan NZD mendapat permintaan yang tinggi selepas kemerosotan dagangan dua hari berturut-turut pada Isnin dan Selasa. Tiada data ekonomi yang dikeluarkan untuk negara-negara ini tetapi matawang ini disokong oleh pergerakan nilai Yuan selepas People Bank of China (PBOC) menyatakan bahawa mereka akan memperlahankan tempo dasar pelonggaran pada tahun hadapan jika pertumbuhan ekonomi China mengukuh. Harga minyak mentah yang kembali pulih pula telah memberi kelebihan kepada matawawang Loonie.

Pound Sterling pula masih berada di bawah tekanan kerana terdapat risiko bahawa Kesatuan Eropah dijangka akan membatalkan sidang kemuncak Brexit khas yang dijadualkan akan berlangsung pada akhir bulan ini jika kesepakatan tidak dicapai. Selagi perjanjian yang jelas belum tercapai, matawang GBP dilihat akan terus tertekan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat