Sentimen Pasaran Global Setakat Petang Ini, Aliran Modal Ke Aset Safe-Haven

60

Pasaran saham Asia mengikuti prestasi hambar Wallstreet di mana saham menunjukkan prestasi terburuk sejak lapan bulan lepas dengan situasi politik di US kini semakin tegang. Hal ini telah menekan ASX 200 susut 1.2% dan Nikkei 225 susut 1.5%. Shanghai Komposit pula merosot 0.2% dan HangSeng (-0.3%)

Bon 10-tahun Jepun pada mulanya bergerak tinggi mengikuti pergerakan bon US (US Treasuries) di mana terdapat permintaan berikutan aliran modal ke aset ‘safe-haven‘. Namun, harga gagal kekal berada di atas dan kembali mendatar dan kini kita melihat hasil bon di US bergerak positif berbanding sesi Rabu.

Ekonomi Jepun berkembang dengan baik pada suku pertama 2017 dan menjadi rekod pertumbuhan tertinggi sejak lebih dari 10 tahun lepas. Pertumbuhan ekonomi (GDP) berkembang sebanyak 0.5% pada suku pertama dan 2.2% secara tahunan. Sebelum ini Jepun merekod pertumbuhan 0.3% pada suku keempat 2016 dan jangkaan kali ini ialah 0.4%.

Sebanyak 37,400 pekerjaan ditambah ke dalam ekonomi pada April berbanding 60,000 yang direkod pada Mac. Jangkaan bagi bacaan kali ini ialah pertambahan sebanyak 4,500 pekerjaan. Dari segi pekerjaan separuh-masa, komponen ini menjadi penyumbang terbesar kepada data kali ini. Sebanyak 49,000 pekerjaan ditambah dalam komponen ini berbanding kemerosotan 13,600 sebelum ini.

Di UK, tinjauan terkini pilihanraya UK menunjukkan parti Konservatif kini mendapat sokongan 45% berbanding parti buruh 32%. Perdana Menteri May berjanji akan menurunkan cukai korporat kepada 17% pada tahun 2020 dan akan melunaskan defisit UK pada 2025. Perdana Menteri May juga mencadangkan caj tambahan kepada perniagaan yang mengambil pekerja bukan dari Kesatuan Eropah.

Dalam pasaran tukaran matawang (Forex), indeks US dolar terus lemah dan jatuh ke bawah paras 98.00 berikutan kebimbangan politik US di mana pasaran hadapan telah menyerap (priced-in) 65% kenaikan pada Jun berbanding 87% minggu lalu.

Usd/Jpy pada sesi Rabu jatuh 230 pip dan kini didagang di bawah 111.00 yang menunjukkan aliran modal ke aset ‘safe-haven‘ yang semakin meningkat.

Perkembangan pasaran US pula menunjukkan bekas pengarah FBI Robert Mueller telah dinamakan sebagai Pendakwaraya Khas dalam siasatan kes Rusia yang terlibat dalam kempen pilihanraya Trump.

Senator US, Hatch mengatakan beliau tidak tahu jika rang undang-undang kesihatan baru boleh dihantar pada Ogos dan belum ada jawapan yang muktamad tentang perubahan percukaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat