Sentimen Pasaran Global Setakat Petang Ini

50

Pasaran saham Asia didagang lebih tinggi walaupun kebimbangan geopolitikal kembali di Korea Utara. Wallstreet yang didagang positif pada Jumaat dilihat memberi kesan kepada pasaran Asia dengan ASX 200 naik 0.8% yang dipacu oleh kaunter-kaunter tenaga dan carigali. Minyak WTI kini mencapai semula paras $50 setong di mana pasaran hadapan Dalian biji besi merekod keuntungan.

Nikkei 225 pula naik 0.4% mendapat sokongan dari kelemahan Yen di mana Shanghai Komposit susut 0.2% dan HangSeng naik 0.9%.

Pagi tadi data imbangan perdagangan (trade balance) Jepun mencatat lebihan 481.7 billion Yen pada April kurang dari jangkaan pasaran.

Di Eropah, Suruhanjaya Eropah begitu bersemangat untuk mencari sumber kewangan yang baru untuk Zon Eropah dan memindahkan lebih banyak kuasa dari Eropah ke Parlimen Kesatuan Eropah.

Menteri Kewangan Jerman dan Perancis iaitu Schauble dan Le Maire mahukan kadar cukai korporat yang harmonis di Kesatuan Eropah. Walaubagaimanapun, kedua-dua negara ini tidak bersetuju tentang di manakah sepatutnya institusi perbankan akan dipindahkan selepas Brexit kerana masing-masing mahu ia dipindahkan ke Frankfurt dan Paris.

Di United Kingdom, tinjauan Yougov  menunjukkan parti Konservatif mendapat sokongan 44% (jatuh 5 mata) dan Buruh 35% (naik 4 mata). Ini adalah tinjauan pertama yang dibuat oelh Yougov sejak manifesto parti Konservatif dibentangkan Khamis lepas. Data terkini menunjukkan sokongan terhadap parti Theresa May yang semakin merosot disebabkan pembentangan manifesto mereka.

Menteri Brexit David Davis berkata UK akan menghentikan rundingan jika Kesatuan Eropah tidak menghentikan permintaan terhadap yuran Brexit sebanyak 100 billion Euro.

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), indeks US dolar memulih selepas mencapai paras terendah enam bulan lalu di mana Eur/Usd jatuh dari paras 1.1200. Gbp/Usd juga tertekan di bawah 1.3000 selepas tinjaun terbaru yang dikeluarkan menunjukkan sokongan terhadap parti Konservatif semakin merosot.

Dalam pasaran komoditi pula, emas didagang rendah pada awal sesi Asia berikutan sentimen yang positif dan pengukuhan US dolar. Kuprum (copper) pula jatuh dari kebangkitan minggu lalu disebabkan aktiviti pengambilan keuntungan.

Minyak mentah meneruskan kenaikan dalam sesi Isnin dengan keyakinan terhadap lanjutan pemotongan bekalan oleh OPEC Khamis ini. Lonjakan komoditi ini banyak disokong oleh Arab Saudi dan Rusia yang menyokong lanjutan pemotongan sejak minggu lepas dan terbaru Menteri minyak Arab Saudi Al-Falih membayangkan OPEC dan non-OPEC akan melanjutkan pemotongan sehingga sembilan bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat