Sentimen Pasaran Goyah Terkesan Oleh Ketidakpastian Terhadap Hasil Undian Parlimen

321

Pergerakan mata wang pada sesi Asia hari ini masih dipacu oleh perkembangan Brexit. Pound melonjak sebaik sahaja pengumuman bahawa United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk mencapai perjanjian Brexit.

Bagaimanapun, dengan kenyataan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) yang menolak cadangan PM UK Boris Johnson mengenai Brexit, ia telah menyebabkan matawang itu kembali menyusut. Kini, tumpuan pasaran beralih pula kepada keputusan undi oleh parlimen pada Sabtu ini untuk meluluskannya.

Perjanjian Brexit dikatakan mempunyai peluang yang baik untuk diluluskan di parlimen menurut Menteri Kewangan Sajid Javid, tetapi sesetengah pelabur khuatir kerana perbincangan mengenai Brexit sekarang semakin sukar untuk dijangka.

Kebanyakan pergerakan matawang turut menjejaki perkembangan Brexit termasuk euro yang meneruskan pengukuhan berbanding USD walaupun sentimen positif semakin memudar.

Selain itu, beberapa data ekonomi AS yang lemah terus menghantar USD rendah berbanding matawang utama lain. Laporan kajian Fed Philadelphia yang menyusut mencerminkan kelembapan dalam aktiviti pembuatan yang ditunjukkan oleh kejatuhan dalam pengeluaran industri.

Pasaran mula menjangkakan pemotongan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada hujung bulan ini apabila diperlihatkan dengan beberapa siri data yang lemah.

Dolar Amerika diniagakan rendah berbanding berbanding matawang Swissy iaitu menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu, dolar Australia pula masih meneruskan meneruskan pengukuhan dengan dibantu oleh laporan kadar pengangguran yang lebih baik.

Dengan penurunan ini ia telah membuktikan bahawa walaupun dengan pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) baru-baru ini, pasaran buruh di Australia masih kukuh dan ia dilihat boleh mempengaruhi keputusan RBA untuk pelonggaran polisi selepas ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat