Sentimen Pasaran Hadkan Pergerakan Matawang Utama – USD Kekalkan Pengukuhan!

213

Dolar Amerika mengukuh berbanding safe-haven yen selepas mengalami penyusutan susulan data keyakinan pengguna dalam aktiviti ekonomi oleh Conference Board menunjukkan penurunan pada November, tersasar daripada jangkaan pasaran.

Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan meningkat sebanyak 0.05% kepada 98.32.

Mengikuti perkembangan dalam rundingan perdagangan, Presiden AS Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan optimisnya bahawa pihaknya kini berada pada peringkat terakhir dalam menyelesaikan perjanjian tersebut.

Namun begitu, beliau turut menekankan sesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan China iaitu menyatakan mengenai sokongan AS terhadap para penunjuk perasaan di Hong Kong.

Walaupun dengan kenyataan optimis oleh Trump, pasaran tetap berhati-hati untuk memulakan dagangan mereka sebelum perjanjian sebenar dapat dimeterai.

Matawang euro masih diniagakan mendatar dengan pergerakan kecil berbanding dolar USD, tetapi positif berbanding pound.

Pound terus diniagakan lemah berbanding beberapa matawang utama berikutan kebimbangan terhadap tinjauan pilihan raya yang menunjukkan kedudukan antara Parti Konservatif dan Parti Buruh semakin rapat.

Sementara itu, kenyataan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) mengenai ‘quantity easing’ (QE) adalah bukan daripada matlamat bank pusat dalam dasar monetarinya, walaupun beliau mengakui kaedah tu boleh membantu. Namun, beliau tidak menjangkakan untuk Australia akan sampai ke tahap faedah negatif.

Beliau turut menambah bahawa RBA akan mempertimbangkan kaedah QE jika kadar faedah mencecah 0.25%. Susulan kenyataan tersebut, ia telah mengangkat dagangan dolar Aussie berbanding dolar USD, tetapi buat sementara sahaja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat