Sentimen Pasaran Kekal Berisiko, Kiwi Jadi Tumpuan Pada Sesi Asia

215

Dolar Amerika Syarikat (AS) diniagakan lemah berbanding matawang Yen Jepun dengan saham-saham di Jepun dibuka rendah pada Rabu memberi petunjuk bahawa sentimen pasaran masih kekal berisiko berikutan faktor ketegangan perang dagang Amerika Syarikat dan China diikuti ketidaktentuan pada pertukaran matawang asing utama pada sesi sebelum ini.

Presiden AS Donald Trump yang mengumumkan pengenaan tarif tambahan terbaru terhadap barangan import China menjadikan hubungan antara dua ekonomi gergasi dunia itu kembali tegang selepas berakhirnya pertemuan wakil rundingan kedua-dua pihak di Shanghai.

Susulan pengumuman tarif Trump itu, China berkemungkinan akan terus bertindak merendahkan lagi nilai Yuan dengan mencapai rekod terendah terbaru sejarah dan membuatkan pentadbiran Amerika Syarikat tidak selesa.

Kemerosotan pada sentimen pasaran kekal memberi kelebihan terhadap dagangan safe-haven seperti Yen dan Swiss franc dengan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran semasa. Penyelesaian bagi isu perang dagang turut dilihat menuju ke arah kebuntuan selepas Washington turut melabelkan Beijing sebagai pemanipulasi matawang.

Sementara itu, Pound Sterling pula didagangkan sedikit tinggi dari paras terendah sebelum ini dan masih lagi kekal berisiko ekoran kebimbangan pelabur terhadap Britain yang semakin menghampiri situasi Brexit tanpa ikatan perjanjian bersama Kesatuan Eropah (EU).

Dagangan Aussie pula tidak menunjukkan reaksi ketara semalam selepas bank pusat Australia mengumumkan kadar faedah terus dikekalkan di rekod terendah iaitu pada paras 1.00% untuk mesyuarat polisi monetari Ogos.

Aussie terus kekal diniagakan lemah dalam pasaran dengan pendirian bank pusat yang kekal dovish serta tekanan yang diterima daripada ketegangan perang dagang AS-China.

Seterusnya dagangan dolar New Zealand pula akan menjadi tumpuan utama pasaran pada sesi Asia hari ini untuk keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat New Zealand pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia dengan jangkaan penurunan kadar oleh pasaran untuk mesyuarat Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat