Sentimen Pasaran Kembali Berisiko, AUD/USD Catat Penurunan 200 Pips!

602

Dagangan awal minggu dihangatkan oleh sentimen pasaran yang kembali berisiko berikutan ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap China untuk meningkatkan tarif terbaru.

Hal ini telah meningkatkan kebimbangan pasaran dengan jangkaan tercetus kembali perang dagang di antara dua negara ekonomi gergasi dunia tersebut.

Selain itu juga, Trump pada minggu lalu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan China dalam mengendali krisis Coronavirus dengan lebih awal sehingga turut menjejaskan ekonomi Amerika Syarikat yang kini mencatatkan angka kes jangkitan dan kematian tertinggi di dunia.

Sentimen risk-off pasaran kembali menyokong semula pengukuhan matawang US dolar dalam pasaran sementara dagangan matawang komoditi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand kembali menyusut.

Dolar Aussie telah mula menyusut sejak penghujung minggu lalu lagi sehingga bersambung semula pada awal dagangan sesi Asia hari ini.

Namun, pelabur akan menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia pada Selasa yang akan mempengaruhi pergerakan harga bagi Aussie.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD telah mencatatkan penurunan hampir 200 pips dari paras tertinggi yang dicapai pada Khamis lalu sehingga sesi Asia pagi ini.

Harga pamerkan isyarat perubahan trend harga pada carta AUD/USD disokong oleh sentimen pasaran yang turut berubah.

Penurunan harga pada sesi Asia hampir mencecah paras 0.6370 dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum mula membuat kenaikan yang lemah.

Harga dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah sehingga ke paras tumpuan pada 0.6300 atau lebih rendah ke zon support sekitar 0.6270.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga dilihat akan kembali menguji zon SBR (support become resistance) pada 0.64400 dan juga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat