Sentimen Pasaran Kewangan Global Setakat Petang Ini

44

Pasaran saham Asia didagang lebih tinggi di mana saham mendapat sedikit tekanan berikutan kebimbangan risiko geopolitik dari Korea Utara. ASX 200 ditutup 0.4% lebih tinggi selepas pembentangan bajet kerajaan Australia. Nikkei naik 0.2% mendapat faedah dari kelemahan Yen di mana Usd/Jpy masih didagang hampir dengan 114.00. Namun KOSPI susut 0.7% dan Shanghai komposit naik 0.3%.

Bank of Japan dalam mesyuarat sebelum ini menyatakan ekonomi Jepun kini kembali kepada pertumbuhan sederhana di mana pertumbuhan akan kekal melebihi potensi sehingga 2018. Harga pengguna (CPI) juga akan naik sehingga mencapai sasaran 2%.

Pagi tadi China mengeluarkan data inflasi di mana harga pengguna (CPI) naik kepada 1.2% berbanding 0.9% dicatat sebelum ini dan jangkaan 1.1%. Manakala harga pengeluar susut kepada 6.4% dari 7.6% yang direkod sebelum ini.

Dalam pasaran forex, indeks US dolar kini susut sedikit dari kenaikan Selasa yang menolak Eur/Usd naik sehingga mencapai 1.0900. Selain itu, Usd/Jpy juga gagal untuk terus berada di atas 114.00 dengan ringkasan pendapat BoJ pagi tadi gagal memangkin pergerakan matawang ini. Aud/Usd hari ini bergerak dalam keadaan ‘ranging‘ selepas data inflasi China yang kurang memberangsangkan terutamanya dalam harga pengeluar.

Pasaran komoditi pula menunjukkan minyak WTI kini didagang semula di atas $46.00 selepas data API menunjukkan stok minyak di US berkurangan sebanyak 5.8 juta tong minggu lalu.

Emas memulih dari paras terendah lapan minggu lalu yang naik 0.2% berikutan greenback melantun semula dari penguatan Selasa. Kuprum pula masih didagang rendah dengan hanya mendapat sedikit keuntungan.

Perkembangan geopolitik menunjukkan Korea Utara terus membuat provokasi dengan mengancam akan terus membuat program peluru berpandu nuklear di mana mereka telah bersedia untuk menyerang aset ketenteraan US.

Di US, Fed Kaplan mengatakan tiga kenaikan kadar tahun ini adalah bersesuaian di mana jika pertumbuhan lebih kukuh akan menambah lebih banyak kenaikan kadar dan begitu juga sebaliknya.

Presiden Trump telah memecat pengarah FBI James Comey di mana pihak Demokrat mendakwa, ia adalah kerana FBI sedang meyiasat kaitan kempen pilihanraya Trump yang melibatkan Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat