Sentimen Pasaran Minyak Kekal Positif Dengan Harga Masih Bergerak Tinggi

41

Harga minyak bercampur pada sesi Asia hari Jumaat namun masih kekal di paras tinggi dengan sentimen disokong oleh pengimbangan semula permintaan dan penawaran yang berterusan, dan ketegangan geopolitik disebabkan oleh Turki yang tidak bersetuju dengan kemerdekaan Kurdish di Iraq.

Selain itu, para pelabur juga menantikan jumlah pelantar atau penggalian minyak oleh Baker Hughes yang akan memberi angka terhadap aktiviti penggalian minyak di US.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan November di New York Mercantile Exchange (NYMSE) susut 0.14% kepada $51.49 per tong pada jam 11.40 pagi, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange naik 0.10% kepada $57.22.

Semalam harga minyak ditutup rendah berikutan sebahagian pelabur menutup sedikit keuntungan atas kenaikan harga minyak yang mencecah paras tertinggi beberapa bulan yang lalu. Sentimen pasaran minyak kekal positif dengan laporan bekalan EIA pada hari Rabu yang lalu, susut diluar jangkaan, menunjukkan permintaan yang semakin meningkat dan pasaran yang semakin ke arah keseimbangan.

Sementara itu, ketengangan geopolitik membatas penuruan harga minyak selepas Turki berjanji hanya akan menjalankan urus niaga eksport minyak dengan kerajaan Iraq selepas Kurdistan di utara Iraq mendapat sokongan yang mengalakkan bagi mencapai kemerdekaan mereka di sana. Saluran paip minyak yang menghubungkan utara Iraq ke pangkalan Ceyhan di Turki boleh menghasilkan 500k-600k tong minyak sehari.

Perbezaan yang semakin meningkat antara harga brent dan WTI kepada $7 minggu ini menujukkan permintaan yang semakin tinggi pada minyak mentah, meningkatkan hasil eksport. Laporan EIA menujukkan eksport minyak mentah US meningkat kepada 1.5 juta tong pada minggu lepas.

Harga minyak WTI US yang kekal di atas $50 menyebabkan aktiviti penggalian semakin meningkat, namun turut meningkatkan jangkaan terhadap pengeluaran yang lebih banyak yang mana akan memberi tekanan kepada kenaikan harga semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat