Sentimen Pasaran Pada Awal Sesi Dagangan Asia Minggu Ini

56
  • Pasaran Pertukaran Matawang

Risiko ketegangan geopolitik muncul kembali pada hari Khamis yang lalu, selepas Korea Utara mengeluarkan ancaman yang lebih bahaya dengan mengatakan mereka akan melepaskan bom atom ke arah Lautan Pasifik bagi membalas tindakan Trump yang menggesa PBB (United Nation) menggandakan sekatan ke atas Pyongyang.

Kedua-dua negara tersebut saling berbalas ancaman pada hujung minggu lepas. Jika sentimen risk-off terus menguasai pasaran minggu ini, permintaan Yen dan Swiss franc dijangka melonjak berbanding matawang lain.

Matawang kiwi (NZD) juga dijangka akan mengukuh jika Parti Nasional berjaya bergabung dengan Parti First membetuk kerajaan majoriti sekaligus mengekalkan jawatan Bill English sebagai perdana menteri New Zealand.

Sentimen Euro bergerak berdasarkan keputusan pilihan raya di Jerman dan parti kerajaan CDU kini masih mendahului.

Indeks US dollar (DYX)  sedikit mengukuh sepanjang minggu lepas disokong oleh kenyataan hawkish pengerusi Fed, Janet Yellen dalam ulasan FOMC pada hari Khamis lalu, meningkatkan keyakinan terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah akhir tahun ini. Selain itu, cadangan pembaharuan insuran kesihatan US oleh Graham-Cassidy pada Jumaat lalu berjaya mengurangkan sedikit tekanan terhadap dolar berikutan ancaman terbaru Korea Utara.

Walau bagaimanapun, DYX dijangka melemah sekiranya pasaran beralih kepada yen/euro/swiss franc. Ucapan ahli-ahli Federal Reserve yang bermula hari Isnin sehingga Jumaat akan diteliti bagi melihat pandangan mereka terhadap penetapan kadar faedah baru-baru ini sekaligus menentukan hala tuju dollar yang lebih jelas.

Amerika juga sibuk dengan data-data ekonomi minggu ini. Sekiranya kebanyakkan data bercampur, pasaran dijangka akan bergerak volatile (naik-turun) pada julat yang besar.

  • Pasaran saham

Berikut adalah pergerakan semasa saham Asia setakat jam 9.15 pagi:

Nikkei 225 (Jepun) : +0.60%
KOSPI (Korea Selatan) : -0.05%
ASX 200 (Australia) : +0.42%

Berikut adalah penutupan saham Eropah dan Wall Street minggu lalu

Euro STOXX 50 (Blue chips) : +0.06%
Indeks DAX (Jerman) : -0.06%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.27%
FTSE 100 (Britain) : +0.64%

Dow Jones : -0.04%
Nasdaq: +0.07%
S&P 500: +0.06%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat secara keseluruhannya jatuh di awal pembukaan dagangan Asia minggu ini. Berikut adalah perubahan bon setakat jam 9.15 pagi.

US-10Y Yield : -0.15%

US-5Y Yield : 0.00%

US-30Y Yield : -0.21%

  • Pasaran Komoditi

Pasaran emas jatuh di awal sesi dagangan hari ini, namun secara keseluruhannya masih berada di zon support yang penting. Paras support dan resistance akan diteliti bagi melihat adakah emas akan meneruskan trend ke atas, membuat pembetulan harga yang lebih jauh atau mula berubah kepada trend yang baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat