Sentimen Pasaran – Pasaran Semakin Optimis Terhadap Prospek Perdagangan AS-China!

502

Matawang US dolar mengukuh ke paras tertinggi 6 bulan berbanding matawang yen, manakala matawang Australia mengukuh ke paras tertinggi sejak Julai pada hari Jumaat berikutan pengurangan dalam ketegangan perdagangan Amerika Syarikat – China.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.41% pada paras 96.715 setakat jam 10.50 p.m.

Pasaran semakin optimis terhadap prospek perdagangan fasa 1 antara Amerika Syarikat dan China, secara tidak langsung hal ini telah mengurangkan permintaan terhadap matawang safe haven seperti matawang yen dan dalam masa yang sama pasaran masih dalam suasana cuti perayaan Krismas menyebabkan aktiviti perdagangan semakin perlahan.

Pada hari Khamis, Beijing mengatakan bahawa pihak mereka sedang berhubung secara rapat dengan Washington dalam majlis menandatangani perjanjian perdagangan. Dalam masa yang sama Donald Trump telah mengulas mengenai perkembangan hubungan perdagangan A.S dengan China. Kata Trump kepada wartawan, “Kami akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian dan kami akan mempercepatkannya agar ia dapat diselesaikan.

Menurut penganalisis matawang, Toshinobu Chiba, beliau tidak menjangkakan akan ada perubahan besar dalam pasaran berikutan perdagangan matawang masih bergerak perlahan berikutan cuti musim perayaan.

Disisi lain matawang Euro mengukuh sebanyak 0.60% berbanding US dolar setakat jam 11.00 p.m.

Presiden Suruhanja Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen telah menyatakan pada ketika ini kedua-dua belah pihak sedang berusaha menjalin kerjasama yang lebih erat. Walaubagaimanapun, beliau mempersoalkan tarikh akhir peralihan Brexit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat