Sentimen Pasaran Pulih, EUR/USD Tak Jadi Teruskan Penurunan

302

Kembali menimbulkan reaksi yang berbeza dalam pasaran, sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini dilihat semakin reda dengan perkembangan krisis geopolitik Rusia-Ukraine.

Menteri Pertahanan Rusia telah melaporkan bahawa tentera-tentera Rusia telah mula berundur dari sempadan dan meredakan ketegangan untuk jangkaan tercetusnya perang sebelum ini.

Namun begitu, pelabur masih berwaspada memantau perkembangan tersebut ekoran amaran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bahawa masih tetap ada kebarangkalian untuk Rusia menyerang Ukraine dengan kenyataan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin yang tidak meyakinkan.

Buat waktu ini, ketegangan yang sedikit reda telah menyebabkan momentum pengukuhan US dolar sebelum ini mula terbantut.

Malah, data indeks harga pengeluar (PPI) AS yang diterbitkan positif pada sesi New York semalam juga gagal untuk memberi suntikan pengukuhan terhadap US dolar.

Justeru, dapat diperhatikan seperti pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah kembali pantul membuat kenaikan semula selepas penurunan harga berlaku sejak penghujung minggu lalu.

Selepas penurunan harga di awal minggu mencecah paras 1.12800, harga telah paparkan corak kenaikan harga semula pada dagangan Selasa semalam dan tidak meneruskan trend bearish sebelumnya.

Turut memberi isyarat untuk perubahan trend bullish semula apabila harga bergerak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Penghujung sesi New York dan bersambung pada awal sesi Asia pagi ini, harga dilihat mendatar perlahan di sekitar paras 1.13600 dengan jangkaan kenaikan yang diteruskan akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.14000.

Untuk kenaikan lebih tinggi jika US dolar terus melemah, harga boleh mencapai semula ketinggian yang dicapai minggu-minggu sebelum ini pada zon rintangan 1.14800.

Pun begitu, pelabur tidak menolak untuk jangkaan penurunan harga semula sekiranya tumpuan terarah kepada jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah.

Pengukuhan semula US dolar akan menekan harga semula menuju zon RBS (resistance become support) 1.12600 dan menyambung trend bearish sebelum ini.

Penurunan lebih rendah akan kembali mensasarkan sehingga ke zon support pada 1.11300 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Januari lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat