Sentimen Pasaran: Risiko ‘Lockdown’ & Pilihan Raya A.S Buatkan Pasaran Tidak Menentu!

918

Matawang US dolar menunjukkan pengukuhan pada hari Rabu dan secara tidak langsung mendorong penyusutan matawang euro ke paras terendah satu minggu. Selain itu, faktor prospek arahan perintah berkurung di Jerman dan Perancis kerana lonjakan ketara dalam kes Covid-19. Matawang yen terus catat pengukuhan menjelang pilihan raya A.S yang semakin hampir.

Jerman dan Perancis kini sedang membuat persiapan untuk mengumumkan perintah berkurung kerana kes kematian akibat Covid-19 di seluruh Eropah meningkat hampir 40% dalam seminggu, sementara pasaran kewangan terkesan kerana kebimbangan impak Covid-19 terhadap ekonomi.

Suruhanjaya Eropah mencadangkan pada hari Rabu serangkaian langkah baru untuk memerangi wabak Covid-19 di Kesatuan Eropah, dengan mengatakan lonjakan jangkitan baru di Eropah itu “membimbangkan”.

Pasaran dalam mood berhati-hati kerana tarikh pilihan raya A.S yang semakin hampir. Tinjauan Reuters mendapati calon presiden demokratik Joe Bide mengungguli Donald Trump dengan 10% lebih tinggi.

Pakar strategi UBS mengatakan bahawa pentadbiran Biden dilihat akan mengurangkan ketegangan perdagangan dengan Eropah, Kanada dan China. Hal ini berkemungkinan akan meningkatkan sentimen pasaran secara keseluruhan dan akan mengimbangi US dolar.

Indeks US dolar mencatat pengukuhan sebanyak 0.60% berbanding matawang utama kepada paras 93.487.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat