Sentimen Pasaran Risk-Off, Ini Aset Kripto Tumpuan Minggu Ini

496

‘Banyak data yang diterbitkan minggu ini dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada aliran mata wang kripto juga.’

Bacaan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, dijangka melewati unjuran, sedikit sebanyak membantu pengukuhan dolar sedang pelabur terus mencari safe-haven.

Rentetan itu, pasaran mata wang kripto diramalkan akan kekal suram memandangkan sentimen risk-off melanda yang diburukkan oleh laporan lockdown di China.

Sungguhpun begitu, laporan Cointelegraph menyatakan bilangan pemegang Bitcoin (BTC) meningkat dalam pasaran bearish dan ini menandakan pelabur mengambil peluang untuk menapak kedudukan.

Dengan gambaran jangka pendek masih condong untuk pasaran bearish sementara pandangan jangka panjang menokok kepada bullish, di bawah adalah beberapa aset kripto yang menjadi tumpuan untuk dipantau minggu ini.

Bitcoin (BTC)

  • Pada 8 Julai, BTC susut dari paras $20,000 dan tembusi garisan indikator purata pergerakan eksponen (EMA) 20 hari pada $21,000.
  • Pelabur memerhati untuk harga melepasi halangan EMA 20 hari dan menolak BTC ke paras $23,000.
  • Penembusan dan penutupan di atas purata pergerakan (SMA) 50 hari pada $24,000 akan menunjukkan BTC mungkin capai titik terendah.
  • Sebaliknya andai tembus bawah garis sokongan, maka penurunan berada dalam kawalan dan pelabur akan jangka kejatuhan BTC ke zon sokongan $18,000 dan $17,000.

Ethereum (ETH)

  • Pada 8 Julai, ETH menolak rintangan $1,280 yang menandakan penurunan agresif dengan pelabur menyaksikan harga di bawah EMA 20 hari $1,192 pada 10 Julai.
  • Andai berjaya, corak kenaikan harga dilihat gagal dan boleh menenggelamkan ETH pada $988.
  • Penting untuk diperhatikan carta pada tahap ini ekoran pecahan dan penutupan di bawahnya boleh menyebabkan pengujian semula pada $881.
  • Berbeza jika harga lantun dari garis sokongan, maka kenaikan harga terkumpul pada penurunan dan pelabur akan menolak harga melebihi $1,280 dalam jangka masa terdekat.
  • Kemudiannya ETH akan cuba meningkat kepada SMA 50 hari pada $1,422 dan rali ke sasaran $1,679.

Ripple (XRP)

  • Pada 8 Julai, XRP gagal lepasi garisan rintangan segitiga yang menandakan penurunan harga sedang dijual pada rali manakala penjualan pada 10 Julai menarik semula ke garis tersebut.
  • Melihat kepada indeks kekuatan relatif (RSI) momentum memihak kepada penurunan.
  • Jika pelabur turunkan harga bawah garis sokongan, XRP akan jatuh pada $0.30 dan menguji semula sokongan kritikal $0.28.
  • Andai melangkaui tahap tersebut, XRP akan terus berada dalam aliran menurun.
  • Namun, andai harga lantun dari garis sokongan ia mencadangkan kenaikan harga terus membeli pada penurunan.
  • Pelabur akan cuba menolak harga di atas zon segi tiga bagi mendapat kelebihan dan jika berjaya maka XRP akan meningkat kepada $0.41.

Cardano (ADA)

  • ADA kekal dalam penurunan selepas gagal tembusi EMA 20 hari pada $0.47, namun pelabur dilihat menarik harga ke sokongan pada $0.44.
  • EMA 20 hari yang beransur-ansur turun dan RSI berada dalam wilayah negatif menandakan penurunan dijangka kekal buat sementara waktu.
  • Andai pelabur menarik harga di bawah $0.44, ADA akan menguji semula sokongan penting $0.40 dan boleh meningkakan jualan untuk aset tersebut kekal dalam aliran menurunnya.
  • Sebaliknya, bull dijangka mempertahankan zon antara $0.40 dan $0.44 dengan lantunan pada zon tersebut menandakan pelabur akan cuba atasi halangan overhed.

Polkadot (DOT)

  • Kegagalan berulang kali DOT untuk menolak harga di atas rintangan menyaksikan nilainya berada pada $7.30 semasa 10 Julai.
  • Sungguhpun purata pergerakan menurun memihak kepada bear, perbezaan positif pada RSI menunjukkan momentum penurunan harga boleh menjadi lemah.
  • Harga semakin lama akan kekal terperangkap antara $6.36 dan $7.30.
  • Jika harga menjunam di bawah $6.36, maka DOT akan teruskan aliran menurun dan mencapai $5.
  • Sebaliknya, DOT akan masuk rali apabila harga naik atau tembusi $7.30 ke SMA 50 hari pada $8.20 seterusnya menandakan pengakhiran aliran menurun.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat