Sentimen Pasaran Semasa Menjelang Penerbitan Data Ekonomi AS

602

Memasuki sesi Eropah, sentimen pasaran terus menyokong matawang utama untuk didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar menjelang penerbitan data ekonomi Amerika Syarikat pada malam ini.

Data yang menjadi tumpuan utama itu, dijangka akan memperlihatkan pemulihan dalam aktiviti pembuatan dan pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat setelah terkesan oleh pandemik coronavirus.

Kebimbangan terhadap peningkatan kes baru di Amerika Syarikat telah menambah tekanan kepada dagangan US dolar untuk menyusut berbanding matawang utama, termasuk safe-haven yen.

Penasihat kesihatan AS, Dr Anthony Fauci memberi amaran bahawa jumlah kes harian cooronavirus mungkin boleh mencecah sehingga 100,000 sekiranya penularan terus berlaku seperti sekarang.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, negara itu telah melaporkan lebih 40,000 kes baru setiap hari, dua kali ganda daripada angka yang dicatatkan pada pertengahan Mei iaitu kira-kira 22,800.

Dagangan euro diniagakan stabil setelah bacaan akhir data pembuatan dan pekerjaan di Zon Eropah yang diterbitkan petang ini mempamerkan bacaan yang lebih baik daripada anggaran awal.

Dolar Aussie dan New Zealand terus mempamerkan peningkatan sehingga ke sesi Eropah meskipun dihimpit oleh ketegangan antara dua ekonomi gergasi dunia di mana Amerika Syarikat terus mengecam tindakan China yang telah meluluskan undang-undang keselamatan Hong Kong.

Sementara itu, kelemahan USD juga mendorong emas untuk terus menyinar ke paras ketinggian terbaru pada awal pembukaan sesi Eropah dengan meningkat ke $1,789.13 per auns, manakala niaga hadapan pula didagangkan pada $1,805.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat