Sentimen Pasaran Sesi Eropah : Pasaran Ambil Risiko, USD Matawang Terkuat

659

US dollar meningkat ke paras tertinggi pada Khamis berbanding beberapa matawang utama yang lain dengan pasaran dilihat mengambil risiko dalam pasaran dengan ketegangan perdagangan yang sedikit reda ketika ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.31% setakat pada pukul 3.16 petang.

Major pair EUR/USD setakat ini susut 0.21% dengan GBP/USD susut 0.24%. USD/JPY setakat ini membuat membuat kenaikan sebanyak 0.23%, USD/CAD pula naik 0.11% dengan USD/CHF naik sebanyak 0.13%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menyusut sebanyak 0.16% dan 0.39%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah USD, manakala matawang paling lemah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/USD jatuh sebanyak 0.39%.

Ketegangan perdagangan sedikit reda dan keadaan pasaran dilihat berani mengambil risiko ketika ini dengan peningkatan indeks-indeks saham global pada Rabu dan Khamis. Wallstreet pada Rabu ditutup positif secara keseluruhan dengan indeks utama Nasdaq dan S&P500 masing-masing naik 0.72% dan 0.17%. Indeks-indeks utama Eropah juga dibuka lebih tinggi pada Khamis, namun sebilangan besar indeks Asia didagangkan rendah.

Peningkatan indeks saham Wallstreet dikatakan oleh sebilangan penganalisis disebabkan Trump yang memberikan isyarat bahawa data pertumbuhan ekonomi suku-tahunan yang begitu memberangsangkan.

Secara kesleuruhan pasaran bergerak bercampur-campur setakat ini dengan peningkatan saham di Eropah dan dagangan Asia yang kurang memberangsangkan.

Dari segi polisi monetari, pengerusi The Fed Jerome Powell berkata pada Rabu bahawa bank pusat perlu meneruskan kenaikan kadar faedah beransur-ansur yang seterusnya meningkatkan jangkaan kenaikan kadar  yang lebih pantas pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat