Sentimen Pasaran Tidak Memihak Pada US Dolar?

281

Matawang US dolar susut hampir ke paras terendah 2 tahun pada hari Isnin kerana harapan baru terhadap perjanjian Brexit dan rangsangan fiskal di Amerika Syarikat serta kemajuan vaksin Covid-19 telah mendorong pemintaan terhadap matawang berisiko.

Matawang pound telah menjadi pilihan pemain pasaran setelah UK dan Kesatuan Eropah menyatakan persetujuan pada hari Ahad untuk meneruskan rundingan Brexit dan ketua perunding EU mengatakan bahawa kesepakatan masih boleh dapat dicapai.

Matawang pound sterling mengukuh hampir 1.5% berbanding US dolar pada paras tukaran $ 1.3423, melonjak naik daripada paras terendah yang dicatat pada hari Jumaat iaitu pada paras tukaran $1.3135.

Penganalisis strategi ING berpendapat walaupun rundingan Brexit berada dalam fasa terakhir namun mereka berpendapat bahawa kesepakatan masih dapat dicapai dan memiliki kebarangkalian yang tinggi.

Disisi lain, Amerika Syarikat telah memulakan pengedaran vaksin Covid-19 ke pusat pengedaran pada hari Ahad, lantas meningkatkan harapan untuk pemulihan ekonomi yang lebih pantas. Selain itu, pasaran juga menaruh harapan ke atas kesepakatan pakej rangsangan fiskal di Washington.

Pelan bantuan rangasangan Covid-19 itu bernilai $908 bilion itu akan dibahagikan kepada dua bahagian dengan harapan dapat mencapai persetujuan. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama susut sebanyak 0.57% pada paras tukaran 90.403 setakat jam 10.00 p.m.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.44% pada paras tukaran 1.2165. Sekatan yang diimplimentasikan bagi mengekang penularan Covid-19 di Eropah dilaporkan mempunyai kesan yang terhad terhadap pasaran.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada pakej rangsangan A.S dan perkembangan Brexit antara EU dan Britain.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat