Sentimen Pasaran Tidak Memihak Pada US Dolar!

1,108

Harapan untuk pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat semakin meningkat dengan data pasaran buruh semakin lemah dan laporan pengedaran vaksin Covid-19 dalam masa terdekat telah meningkatkan selera pelabur terhadap aset berisiko pada hari Jumaat. US dolar yang turut merupakan matawang safe haven susut ke paras terendah 2 1/2 tahun berbanding matawang euro.

Penggubal undang-undang konservatif telah menyatakan sokongan ke atas pakej bantuan rangsangan sebanyak $908 bilion. Bacaan NFP hari ini hanya mencatat peningkatan yang sedikit iaitu sebanyak 245,000 pada sehingga pertengahan bulan November. Prestasi ini juga membawa indikasi satu penuruna perlahan jika dibandingkan pada bulan Oktober yang lepas.

Kenaikan tawaran pekerjaan pada bulan Oktober telah disemak semula menjadi 610,000 daripada anggara awal iaitu pada 638,000. Bacaan pada bulan November ini juga mengecawakan penganalisis yang mensasarkan kenaikan sebanyak 469,000.

Penganalisis Elia Lattuga di Unicredit, menyatakan bahawa terdapat jangkaan bahawa bank pusat utama akan mula memberi tindak balas berikutan output ekonomi yang semakin rendah.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama susut sebanyak 0.19% kepada 90.547.

Britain telah meluluskan vaksin Pfizer Inc. Covid-19 pada hari Rabu telah menjadi isu utama di dunia dalam perlumbaan untuk memulakan program vaksinasi.

Matawang pound kekal kukuh berbanding US dolar sebanyak 0.51% kepada 1.3520 setakat jam 10.50 p.m. Faktor isu Brexit masih menjadi tumpuan pasaran setakat ini.

Disisi lain, matawang kanada dolar terus mengukuh berbanding US dolar dengan peningkatan 0.3%.

Kanada pada hari ini mencatat 62,000 pekerjaan pada bulan November dan kadar pengangguran jatuh kepada 8.5%.

Matawang Euro kekal kukuh sebanyak 0.13% kepada paras tukaran 1.2156 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat