Sentimen Pasaran Tidak Menentu, Pelabur Kekal Waspada

156

Meneliti sentimen pasaran kewangan pada awal minggu, matawang Eropah antara yang menunjukkan pergerakan ketara berbanding matawang utama yang lain.

Dagangan dolar Euro mengalami penurunan nilai pada sesi Eropah semalam ekoran bacaan data ekonomi yang dikeluarkan nyata merosot. Khususnya di Jerman sebagai ekonomi terbesar di zon Eropah, data PMI perkhidmatan dan pembuatan mencatatkan bacaan yang lemah.

Turut mengalami penurunan adalah dagangan Pound Sterling berikutan tiada perkembangan dilaporkan berhubung isu sempadan Ireland. Pergolakan politik yang melanda Britain juga menjadi faktor yang meningkatkan kebimbangan para pelabur.

Berikutan ketidaktentuan pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China telah memberikan bayangan sentimen berisiko pasaran terhadap para pelabur. Dengan itu, aset safe-haven mendapat tarikan dalam pasaran semasa ekoran aliran keluar pelaburan dari aset yang berisiko sebelum ini.

Bacaan data ekonomi Amerika Syarikat juga dilihat bercampur-campur membuatkan dagangan dolar USD gagal mendapatkan rentak pengukuhan pada awal minggu. Tumpuan turut terarah pada data keyakinan pengguna AS yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Kebimbangan pelabur juga didorong oleh ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap keputusan yang dibuat oleh Federal Reserve dalam penetapan polisi monetari yang tidak disenangi beliau dalam kenyataan yang ditulis pada akaun media sosial Twitter rasminya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat