Sentimen Pasaran : Tindakan PM UK Tidak Sah – Matawang Pound Kukuh!

406

Matawang US dolar mencatat pengukuhan berbanding matawang lain pada awal sesi dagangan New York selepas Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin mengesahkan bahawa rundingan dagangan Amerika Syarikat – China akan diteruskan pada bulan hadapan, namun pertumbuhan ekonomi global yang perlahan terus membebankan sentimen pasaran.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan sebelum susut sedikit kepada paras 98.162 setakat jam 09.35 p.m.

Matawang Euro pula didagangkan kukuh sebanyak 0.07% kepada paras 1.0999 berbanding US dolar.Matawang tersebut telah jatuh sebanyak 0.2% semalam berikutan data sektor pembuatan Jerman jatuh merosot pada bulan September.

Matawang Pound meneruskan pengukuhan selepas Mahkamah Britain memutuskan bahawa tindakan Perdana Menteri UK Boris Johnson menasihatkan Ratu Elizabeth untuk menggantung Parlimen bulan ini adalah salah dari segi undang-undang.

Menurut pakar ekonomi, Chris Graham perkara ini akan menyukarkan kerajaan untuk mencapai no-deal Brexit sebelum akhir bulan Oktober.

Keputusan sebulat suara 11 hakim mahkamah melemahkan Johnson dan memberi ruang lebih banyak untuk menentang janjinya membawa Britain keluar dari EU pada 31 Okt.

Matawang AUD dan NZD kekal stabil berbanding US dolar menjelan ucapan gabenor bank pusat Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat