Sentimen Pasaran – US Dolar Didagangkan Rendah, Matawang Euro Teruskan Pengukuhan!

573

Matawang US dolar didagangkan rendah berbanding matawang lain pada hari Jumaat, manakala matawang Euro mengukuh dengan harapan perjanjian Brexit akan mengurangkan risiko kegawatan ekonomi dalam blok Eropah.

Pada hari Khamis, Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mementerai perjanjian dengan Kesatuan Eropah mengenai isu Brexit. Perjanjian baru itu merangkumi peraturan tentang bagaimana Britain dan EU akan melakukan perdagangan serta berbagai pengaturan lain.

Di bawah rancangan baru, Ireland Utara akan kekal secara sah di wilayah kastam UK tetapi praktikal dalam kesatuan kastam EU.Oleh itu, tidak ada pemeriksaan kastam di sempadan tetapi tarif akan dibayar pada barang komersial tertentu. Duti kastam akan dibayar ke atas barang-barang yang diimport dari UK untuk kegunaan komersil melainkan jika ia dapat ditunjukkan bahawa barang itu tetap di Ireland Utara atau untuk kegunaan peribadi.

Walaubagaimanapun, Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara tetap dengan pendirian mereka bahawa tidak akan bersetuju selepas menolak cadangan perjanjian itu semalam. Ahli-ahli parlimen akan menurunkan undi mereka terhadap persetujuan perjanjian Brexit pada hari esok.

Matawang GBP kukuh berbanding US dolar sebelum susut sedikit sebanyak 0.12% kepada paras 1.2872. Matawang euro kukuh 0.20% berbanding US dolar keparas 1.1144 setakat jam 11.30 p.m.

Disis lain matawang US dolar susut bebrikutan para pelabur kekal khuatir selepas data menunjukkan perang dagang telah beri kesan terhadap pertumbuhan ekonomi China.

Pertumbuhan ekonomi (GDP) China pada suku ketiga jatuh kepada 6% dalam tempoh tahun ke tahun iaitu merupakan kadar paling rendah hampir tiga dekad dan turut tersasar daripada jangkaan pada 6.1%, didorong oleh kelemahan pengeluaran kilang dan permintaan domestik yang lembap.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan susut sebanyak 0.17% ke paras 97.167 setakat jam 11.35 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat