Sentimen Pasaran : US Dolar Kekal Lemah Susulan Data Pekerjaan Dikeluarkan!

494

Matawang US dolar kekal lemah pada hari Khamis walaupun data bilangan pekerjaan menunjukkan ekonomi masih bertumbuh pada kadar yang sederhana.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.1% pada paras 98.297 setakat jam 11.15 p.m.

Laporan ADP menunjukkan pengambilan pekerjaan swasta mengukuh daripada jangkaan dengan bilangan bayaran gaji swasta meningkat sebanyak 195,000 pada bulan Ogos selepas meningkat sebanyak 142,000 pada bulan Julai.

Laporan yang dikeluarkan Moody’s Analytics ini dikeluarkan sebelum laporan pekerjaan yang lebih rinci pada hari Jumaat oleh Jabatan Perangkaan. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, melaporkan bahawa bilangan tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 1000 kepada bacaan 217,000 pada bulan Ogos.

Disisi lain, pada hari ini, menteri perdagangan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa para pemimpin kedua-dua buah negara iaitu AS dan China telah berhubung melalui panggilan telefon dan hasilnya mereka bersetuju untuk berjumpa pada bulan Oktober untuk rundingan perdagangan seterusnya.

Hasilnya, USD/JPY meningkat sebanyak 0.55% kepada paras 106.97.

Matawang Sterling pula terus mengukuh berikutan penggubal undang-undang UK mengambil alih kuasa Parlimen dan kekhuatiran terhadap Brexit tanpa perjanjian semakin pudar. Parlimen telah membantah permintaan Perdanan Menteri UK, Boris Johnson yang berhasrat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

Matawang GBP mengukuh sebanyak 0,6% kepada 1.2335 berbanding US dolar. Manakala EUR/USD naik 0.2% kepada 1.1045.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat