Sentimen Pasaran Yang Bermula Baik Pada Minggu Ini Bertukar Buruk. Adakah Ini Disebabkan Oleh Perundingan Perdagangan AS-China?

388

Matawang yang bersifat safe-haven hari ini membuat keuntungan sementara menunggu keputusan perkembangan perbincangan perdagangan antara Washington dan Beijing dimana keputusan ini merupakan laporan yang penting bagi pelabur buat masa ini.

Awal minggu ini, pasaran didagangkan baik setelah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyampaikan intonasi yang positif mengenai perbincangan ini namun progres yang perlahan telah membangkitkan suasana pasaran yang berisiko sekaligus menjejaskan prestasi matawang AUD, rakan dagang terbesar China.

Jika kedua belah pihak tidak mencapai perjanjian pada 1 Mac ini, tarif A.S. terhadap barangan import China yang bernilai 200 billion dijangka meningkat kepada 25% daripada 10%.

Beralih kepada berita di Britain pula, data jualan runcit dari UK mencatatkan bacaan yang mengejutkan pasaran dengan kenaikan pada 1.2% berbanding 0.2% jangkaan dimana data ini dibantu oleh perbelanjaan makanan dan pakaian yang meningkat. Susulan data ini, GBP mendapat permintaan walaupun sentimen semasa di UK sedang merosot.

Dalam sesi dagangan New York pula pada malam ini, tiada berita yang menjadi tumpuan dalam kalendar ekonomi namun tumpuan pelabur mungkin sedikit terarah kepada kaji selidik daripada University of Michigan (UoM) mengenai sentimen pengguna di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat