Sentimen Pasif Pasaran Untuk Menutup Tirai Dagangan Minggu Ini

552

Matawang Pound Sterling diniagakan lemah pada Khamis selepas tempoh Brexit ditangguhkan sehingga enam bulan membuatkan pelabur sedikit bingung untuk menentukan arah pergerakan harga untu matawang British tersebut dan keadaan yang tidak menentu ini akan berkemungkinan akan mempengaruhi pergerakan harga yang di luar jangkaan untuk beberapa bulan ini.

Rundingan yang berlangsung pada persidangan melibatkan para pemimpin negara Kesatuan Eropah pada Rabu telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh pengunduran Britain sehingga 31 Oktober 2019 yang pada mulanya dimohon untuk tempoh penangguhan yang lebih pendek pada 30 Jun oleh Perdana Menteri Theresa May.

Dolar Amerika pula didagangkan mengukuh semalam berbanding matawang utama yang lain didorong oleh data inflasi dan juga data buruh yang positif sebelum ini.

Data ekonomi di Amerika Syarikat semalam turut menyokong pengukuhan USD dimana indeks harga pengeluar dan juga data tuntutan pengangguran mencatatkan bacaan yang positif. Ini sedikit melegakan pelabur yang sebelum ini merasakan kebimbangan terhadap jangkaan penurunan kadar faedah pada oleh Fed pada tahun ini.

Beberapa penggubal dasar Fed pada Khamis telah memberi isyarat bahawa kadar faedah semasa di Amerika Syarikat adalah wajar dan bersesuai. Ini berkemungkinan akan menguatkan lagi jangkaan tiada kenaikan kadar pada tahun ini.

Euro dilihat lemah selepas komen dovish Presiden Draghi pada mesyuarat penetapan kadar oleh bank pusat Rabu lalu berkaitan isu risiko pada ekonomi di zon Eropah dan menyokong cadangan ransangan ekonomi oleh bank pusat Eropah untuk mengelakkan ekonomi tergelincir ke arah kegawatan.

Matawang komoditi dolar Kanada pula mengalami penurunan semalam berikutan faktor kejatuhan harga minyak mentah. Ini adalah didorong oleh bekalan minyak di Amerika Syarikat yang tinggi dan mencatatkan bacaan ke paras tertinggi hampir 17 bulan pada rekod pengeluaran dan akan mempengaruhi permintaan minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat