Sentimen Pelabur Di Jerman Semakin Pulih? Ini Dapatan Tinjauan!

236

Sentimen di kalangan para pelabur di Jerman dilaporkan meningkat pada April berikutan kebimbangan kesan wabak Covid-19 pda ekonomi Jerman semakin mereda. Hal ini berdasarkan tinjaun yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Beberapa kilang pembuat kereta Jerman pada minggu ini telah memulakan semula pengeluaran setelah negara tersebut bertindak untuk mengurangkan sekatan sebagai langkah bagi menghadkan penularan wabak Covid-19. Beberapa kedai juga telah dibenarkan untuk dibuka namun peraturan jarak sosial yang ketat masih diterapkan.

Institut penyelidikan ZEW menyatakan dalam tinjauan bulanan bahawa sentimen ekonomi di kalangan pelabur meningkat daripada -49.5 kepada 28.2 pada bulan Mac. Disisi lain, ahli ekonomi menjangkakan peningkatan yang jauh lebih kecil iaitu daripada -49.5 kepada -42.3.

Menurut presiden ZEW, Achim Wambach dalam satu kenyataan bahawa kebanyakkan pakar pasaran kewangan berpendapat sentimen pasaran telah mula pulih setelah berada dalam kelembapan ekonomi yang panjang.

Tinjauan soal selidik ini adalah berdasarkan tinjauan lebih daripada 200 penganalisis antara 7-20 April. Kebanyakkan para penganalisis berpendapat bahawa ekonomi semakin pulih namun tidak menjangkakan ekonomi akan bertumbuh positif hingga suku ketiga.

Wambach menambah bahawa keluarkan ekonomi dijangka akan mula mencatat pertumbuhan seperti yang dikecapi sebelum Covid-19 melanda ialah sebelum tahun 2022. Disisi lain ahli ekonomi Commerzbank, Ralph Solveen mengatakan secara tamsilya kebanyakkan penganalisis menjangkakan peningkatan tertentu atau sekurang-kurangnya tidak ada kemerosotan dalam enam bulan akan datang.

“Indeks tidak menunjukkan apa-apa mengenai tahap kepantasan pertumbuhan dan tahap kemerosotan yang berlaku sejak akhir-akhir ini,” tambah Solveen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat