Sentimen Pengukuhan Dolar Kanada, NAFTA & Harga Minyak Mentah Dunia

47

Matawang Dolar Kanada (CAD) dan Peso Mexico melonjak pada Selasa apabila rundingan NAFTA dilanjutkan sehingga tahun 2018.

Perunding daripada Kanada dan Amerika Syarikat menuduh antara satu sama lain dalam mensabotaj rundingan semula perjanjian ini pada Selasa, walaupun ketiga-tiga pihak bersetuju untuk melanjutkan rundingan sehingga 2018.

Chrystia Freeland menteri luar Kanada menuduh Amerika Syarikat mengambil pendekatan yang mahu menang kesemuanya dalam rundingan ini.

Permintaan Amerika Syarikat sebelum ini dilihat sebagai situasi yang buruk kepada jirannya (Kanada dan Mexico) yang termasuk cadangan rundingan semula perjanjian dagangan setiap lima tahun dan juga halangan import kepada barangan Kanada dan Mexico.

“Rundingan ini sukar, kami tidak melihat petunjuk bahawa mereka sudi membuat sebarang perubahan yang akan mengurangkan defisit dagangan yang besar ini,” kata perunding Amerika Syarikat, Robert Lighthizer.

Antara yang menyokong pengukuhan dolar Kanada adalah pasaran minyak mentah dunia. Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) melonjak pada Selasa selepas jatuh ke paras terendah.

Dengan kenaikan harga minyak dan rundingan NAFTA yang mengurangkan risiko kepada Kanada kerana dilanjutkan sehingga 2018 telah menambah lagi pengukuhan CAD. Lanjutan rundingan ini dilihat memberi lebih ruang dan masa kepada Kanada dan Mexico untuk sekurang-kurangnya mengurangkan halangan import yang mungkin dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat