Sentimen Perdagangan Melemahkan Dolar USD, Aussie Gagal Pertahankan Pengukuhan

0 196

Dagangan dolar USD lemah berikutan masih terkesan dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengenakan tarif kepada beberapa negara lain dan kenyataan mengejutkan mengenai perjanjian dagang dengan China.

Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ingin menangguhkan perjanjiannya dengan China sehingga selepas pilihan raya AS pada tahun 2020, dan ini telah mendorong penyusutan berterusan dolar USD dan mengangkat dagangan matawang safe-haven yen dan swiss franc.

Kenyataan mengejutkan ini telah menyebabkan keyakinan untuk menamatkan perang dagang AS dan China semakin memudar serta ia turut menguatkan jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan meneruskan rancangannya untuk melaksanakan tarif ke atas barangan China pada 15 Disember ini.

Selain itu, House of America juga telah meluluskan satu lagi rang undang-undang sekatan yang berkaitan penindasan ke atas masyarakat Uyghur di Xinjiang oleh China. Ia bertujuan untuk mengenakan sekatan terhadap pegawai China atas pelanggran hak asasi manusia terhadap minoriti muslim.

Sementara itu, dagangan euro gagal memanfaatkan kelemahan dolar Amerika dengan diniagakan mendatar berbanding USD pada sesi Asia selepas ia mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi mingguan.

Dolar Australia gagal mempertahankan pengukuhan yang dicapai selepas penetapan kadar faedah semalam, apabila data pertumbuhan ekonomi (GDP) Australia menunjukkan pertumbuhan sebanyak 0.4% pada suku ketiga 2019 berbanding unjuran 0.5% dan lebih rendah daripada bacaan yang direkodkan pada suku kedua sebanyak 0.6%.

Tekanan ke atas dolar Australia turut ditambah oleh ketidaktentuan dalam hubungan AS dan China berikutan kenyataan Trump dan kelulusan rang undang-undang terbaru yang boleh mencetuskan kemarahan China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.