Sentimen Positif Brexit Lonjakkan 320 Pips Kenaikan Pada GBP/USD Sejak Semalam

943

Matawang USD sedikit melemah pada dagangan Isnin selepas data jualan runcit di Amerika Syarikat untuk bulan Januari yang agak bercampur-campur dengan kadar jualan meningkat 0.2% berbanding bacaan 1.6% yang telah dikemaskini semula mengatasi jangkaan pasaran dengan bacaan yang mendatar. Hasil jualan barangan sukan, peralatan muzik dan buku-buku meningkat. Tidak termasuk automobile, petrol, bahan binaan dan servis makanan, kadar jualan meningkat 1.1% pada Januari selepas dikemaskini menurun kepada 2.3% pada Disember.

Lebih menjadi tumpuan dalam pasaran semalam adalah perkembangan rundingan Brexit. Matawang Pound Sterling kembali mencatatkan kenaikan mendadak pada dagangan sesi New York semalam selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May dilaporkan bergegas ke Strasbourg untuk cubaan terakhir bagi mengelakkan kekalahan dalam undian Parlimen UK berkenaan pelan perjanjian Brexit beliau.

Media melaporkan PM May sedang membuat persiapan untuk menawarkan pindaan perjanjian Brexit beliau di Parlimen dalam undian pada Selasa.

Dengan itu, pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/USD dari paras terendah semalam merekodkan sekitar 320 pips lonjakan drastik harga.

Berbaki kurang 20 hari lagi sebelum Britain bakal meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), masih tiada kesepakatan yang dicapai bersama EU dan PM May dilihat terus mengalami kesukaran untuk memecah kebuntuan politik di London.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat