Sentimen Positif Pasaran Bakal Lonjakkan Semula Harga Pada Dagangan EUR/USD?

440

Data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang diterbitkan pada sesi New York semalam kekal catat bacaan yang tinggi pada 5.2 juta menjadikan jumlah keseluruhan tuntutan untuk 4 minggu terakhir lebih 22 juta.

Namun US dolar dilihat masih bergerak kukuh pada sesi New York semalam dengan sentimen pasaran berisiko terus menyokong dagangan safe-haven tersebut dalam pasaran.

Namun, pergerakan US dolar pada sesi Asia kembali mempamerkan penyusutan susulan terdapat laporan positif berkenaan isu COVID-19 di mana keberkesanan ubat yang digunakan hospital di Chicago telah menyembuhkan pesakit yang terkena jangkitan.

Kes jangkitan di Amerika Syarikat masih lagi tinggi dengan jumlah kematian telah melebihi angka 34,000 mangsa. Namun, Presiden Donald Trump telah mempertimbangkan untuk membuka semula ekonomi dengan pengoperasian di 29 buah negeri dengan alasan mereka telah melepasi fasa kemuncak pandemik.

Di Eropah pula, kes jangkitan masih lagi tinggi di Itali dan Sepanyol. Jerman pula kini merangka strategi untuk langkah berkurung.

Bagi pergerakan harga untuk matawang Euro dan US dolar, harga pada carta EUR/USD semalam telah menyambung penurunan pada hari sebelumnya.

Harga mencatatkan penurunan harian hampir 100 pips menuju ke zon RBS (resistance become support) dengan paras terendah dicecah sekitar 1.0816.

Namun, dengan sentimen pasaran yang sedikit pulih telah melemahkan US dolar dan melihatkan harga kembali membuat kenaikan pada sesi Asia pagi ini.

Kenaikan harga dilihat akan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD sebelum kembali menyambung penurunan semula.

Namun jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi, harga akan kembali menuju zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0920.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan pula bakal melepasi paras terendah harian semalam sebelum harga menuju ke zon support di paras 1.0770.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat