Sentimen Risk-Off Berpotensi Untuk Tekan Harga Pada Carta AUD/USD Semula

184

Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD minggu lalu terbantut di paras rintangan 0.72300 ekoran perubahan pada sentimen pasaran semasa.

Ketika laporan pengunduran tentera Rusia dari sempadan Ukraine, risiko dalam pasaran mulai reda dan membuatkan US dolar bergerak lemah sementara dolar Australia pula meningkat.

Justeru, dapat dilihat kenaikan harga berlegar di sekitar paras ketinggian 0.72200 minggu lalu sebelum ketegangan krisis Rusia-Ukraine itu meningkat semula di penghujung minggu membuatkan US dolar mengukuh pada sesi-sesi terakhir minggu lalu dan menekan harga semula.

Penurunan harga di penghujung minggu dilihat disokong pada zon RBS (resistance become support) 0.71700 setelah zon rintangan pada 0.72300 gagal ditembusi.

Menyambung dagangan pada awal minggu ini, di sesi Asia pagi ini (Isnin) harga dilihat kembali membuat kenaikan dari zon RBS 0.71700 dan menuju semula ke zon rintangan 0.72300 pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah.

Pelabur akan memerhati reaksi harga pada zon rintangan tersebut sebelum memasuki dagangan ke sesi New York sebentar lagi.

Walaupun berlaku kenaikan awal harga, penganalisis masih berpandangan harga lebih cenderung untuk membuat penurunan ekoran sentimen pasaran yang kekal berisiko disebabkan krisis Rusia-Ukraine yang berlanjutan akan memberi kelebihan terhadap US dolar.

US dolar yang berjaya mengukuh akan menekan semula harga dan berkemungkinan melepasi zon RBS 0.71700.

Penurunan lebih rendah bakal menuju ke zon tumpuan bagi dagangan minggu-minggu sebelum ini iaitu pada 0.71000.

Namun tidak mustahil untuk kenaikan harga terus berlaku dan menembusi zon harga 0.72300 dengan sasaran kenaikan lebih tinggi adalah menuju zon 0.72800.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat