Sentimen Risk-Off Dorong Yen Kukuh, EUR/JPY Pamer Penurunan Minggu Ini

216

Selain US dolar, sentimen pasaran yang berisiko turut dilihat memberi kesan peningkatan nilai mata wang Yen sebagai mata wang safe-haven dalam pasaran di awal minggu ini.

Pasaran masih lagi menilai kesan langkah sekatan pergerakan di China yang dilihat akan mengganggu pertumbuhan ekonomi global semasa.

Selain itu, pasaran masih diselubungi kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan ketenteraan dan ekonomi antara Rusia dan negara-negara NATO yang berlarutan.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY, kenaikan harga pada minggu lalu terbantut di paras ketinggian 140.00 sebelum mula memaparkan tanda-tanda penurunan di penghujung minggu.

Euro yang lemah mengikuti rentak pengukuhan US dolar dilihat terus membenarkan dominasi Yen ke atas pergerakan pada carta harga semasa.

Bersambung di awal minggu ini, harga telah meneruskan penurunan lebih rendah selepas isyarat untuk perubahan trend bearish di mana harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan harga pada Isnin telah melepasi paras tumpuan 137.500 namun bersambung pada sesi Asia pagi Selasa semalam, harga kembali menguji semula paras tersebut.

Dagangan bersambung ke sesi New York semalam menyaksikan terjunan lebih agresif harga sehingga mencecah paras terendah terbaru 3 minggu ke sekitar 132.200.

Dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) pula menunjukkan kenaikan ke paras 136.00, namun penganalisis kekal menjangkakan penurunan harga bakal diteruskan pada sesi berikutnya berdasarkan corak bearish harga.

Untuk penurunan lebih rendah, harga dijangka untuk menuju ke zon tumpuan pada 133.500 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Namun jika berlaku kenaikan harga semula, zon 137.500 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji yang dilihat sebagai rintangan sebelum isyarat bullish yang lebih jelas.

Kenaikan yang diteruskan akan kembali mensasarkan kepada paras ketinggian dicapai minggu lalu iaitu pada 140.00 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat