Sentimen Risk-Off Pasaran Dorong Penurunan EUR/USD Awal Minggu

297

Sesi Eropah pada hari ini (Selasa) akan memberi tumpuan kepada sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW untuk pelabur menilai reaksi bagi pergerakan mata wang Euro yang dihimpit oleh pengukuhan US dolar di awal minggu.

Euro sebagai anti-dolar mengalami penyusutan nilai dengan sentimen pasaran yang berisiko dilihat akan terus memberi kelebihan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven dalam pasaran.

Ketegangan antara Rusia dan Ukraine semakin meningkat dan turut melibatkan campur tangan Amerika Syarikat (AS) yang masih belum menunjukkan petanda untuk berdamai.

Justeru, pelabur bakal menjangkakan US dolar akan terus mendominasi khususnya ke atas Euro di samping komen oleh Presiden Fed St Louis, James Bullard yang menjangkakan kenaikan kadar faedah sehingga 100 mata asas pada Julai nanti.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD untuk pembukaan dagangan awal minggu semalam, harga telah susut lebih rendah meneruskan penurunan pada Jumaat lalu.

Paras terendah dicecah harga pada penghujung sesi New York adalah sekitar 1.12800 sebelum sedikit peningkatan lemah berlaku pada awal sesi Asia pagi ini.

Pergerakan harga dilihat kekal berada dalam trend bullish di mana harga bergerak di bawah paras halangan Mvoing Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sejak penghujung minggu lalu lagi.

Penurunan harga juga dilihat telah kembali semula ke zon lonjakan ketika reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) tempoh hari.

Zon sekitar 1.12600-1.12500 bakal diuji pada hari ini jika penurunan diteruskan dan boleh menuju ke paras tumpuan 1.12000 atau lebih rendah lagi sehingga zon support 1.11300.

Sebaliknya jika kembali membuat lonjakan semula, melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga semula.

Harga bakal menuju ke paras 1.14000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut untuk pelabur menilai reaksi harga bagi petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat