Sentimen ‘Risk-On’ Pasaran Dorong Kenaikan Buat Dagangan AUD/USD

415

Sangkaan untuk US dolar terus bergerak kukuh sepanjang minggu ini meleset selepas laporan positif vaksin Covid-19 dengan ujian peringkat awal terhadap manusia yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Jerman dan firma farmasi Amerika Syarikat (AS) telah menyuntik sentimen positif dalam pasaran.

Dagangan US dolar seterusnya bakal dipengaruhi oleh laporan data pekerjaan NFP AS pada malam ini yang diawalkan sehari berikutan cuti sambutan hari kemerdekaan US pada Jumaat.

Sentimen risk-on pasaran juga turut memberi sokongan terhadap dagangan komoditi seperti matawang dolar Australia dan dolar New Zealand yang pamerkan kenaikan pada carta harga.

Pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga masih kekal bergerak di atas pasaran sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat trend masih bullish.

Pergerakan harga semalam dilihat membuat penurunan dari paras 0.69200 menguji sokongan MA50 sekitar 0.68800 sebelum kembali melonjak pada awal sesi New York.

Kenaikan harga mencapai paras ketinggian mingguan terbaru sekitar 0.69400 sebelum kembali menutup dagangan sesi New York sedikit rendah semula di zon RBS (resistance become support) sekitar 0.69100.

Pergerakan harga yang bersambung pada Khamis mendatar dengan kenaikan pada awal sesi Eropah menguji paras sekitar 0.69300 sementara pelabur berhati-hati menjelang laporan data pekerjaan NFP AS sebentar lagi.

Kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan menuju zon resistance pada 0.70000 selepas mengatasi ketinggian minggu lalu pada 0.69700.

Kenaikan lebih tinggi dilihat bakal menuju pula paras tumpuan seterusnya pada 0.70800 yang kali terakhir diuji pada Julai tahun lalu.

Namun jika harga membuat penurunan semula melepasi sokongan dinamik MA50, harga yang memberikan isyarat perubahan trend bearish bakal turun semula ke paras 0.68400 sebelum menguji pula zon support sekitar 0.68000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat