Sentimen Risk-On Tewaskan Mata Wang Safe-Haven, USD/JPY Panjat Lagi!

344

Sentimen pasaran yang dinilai masih dalam situasi pemulihan daripada kebimbangan risiko penularan varian coronavirus Omicron sebelum ini terus memberi tekanan terhadap pergerakan bagi mata wang safe-haven.

US dolar pada sesi New York semalam kembali paparkan penyusutan nilai yang ketara berbanding beberapa mata wang utama dalam pasaran.

Namun, jika dilihat pergerakan US dolar berbanding Yen Jepun pula, US dolar yang melemah pada awal sesi New York kembali bergerak lebih baik berbanding Yen yang lebih merosot.

Sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis), harga meneruskan lagi kenaikan menunjukkan prestasi suram Yen yang berterusan walaupun US dolar masih lemah.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga disokong pada paras 114.700 ketika penurunan di awal sesi New York semalam sebelum meneruskan kenaikan sehingga ke paras ketinggian terbaru sekitar 115.150 setakat awal sesi Eropah.

Mencapai paras tersebut mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 5 minggu.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga kekal menyokong harga bergerak ke paras lebih tinggi memberi isyarat trend bullish.

Sasaran harga untuk kenaikan seterusnya dijangkakan ke paras sekitar 115.500 yang merupakan paras ketinggian yang dicapai pada penghujung November lalu.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support 114.700 akan kembali diuji untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon penting tersebut.

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan ke zon RBS (resistance become support) pada 114.300 selepas kenaikan berjaya tembusi rintangan tersebut pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat