Sentimen Rundingan Dagang AS-China Kembali Berisiko, AUD/USD Gagal Mengukuh

228

Dagangan dolar Australia sejak awal minggu ini bergerak perlahan dipacu oleh sentimen rundingan dagang Amerika Syarikat dan China.

Pelabur turut berwaspada menantikan laporan data pekerjaan Australia pada Khamis dengan jangkaan pertambahan pekerjaan yang meningkat pada catatan Oktober.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, dolar Aussie melonjak susulan keputusan mesyuarat polisi monetari Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang telah mengekalkan kadar faedah pada 1.00%.

Pengukuhan dolar New Zealand turut mendorong kenaikan pada dolar Aussie atas faktor negara serantau.

Namun, kenaikan Aussie tidak bertahan lama setelah laporan terbaru berhubung rundingan dagang AS-China kembali memberikan tekanan.

Dilaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kembali menekan China serta mengancam untuk mengenakan tambahan tarif terhadap ekonomi kedua terbesar dunia tersebut.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga membuat lonjakan dari paras support 0.68300 menguji zon SBR (support become resistance) 0.68500 pada sesi Asia.

Kemudian harga segera membuat penurunan semula dan kembali bergerak di bawah garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) sehingga dagangan bersambung pada sesi Eropah.

Jika sentimen rundingan dagang AS-China terus merosot, dolar AUD bakal terjejas dan harga bakal membuat penurunan ke paras lebih rendah melepasi zon support 0.68300.

Penurunan lebih rendah harga bakal menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.68100 yang diuji pada penghujung Oktober lalu.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, zon tumpuan sekitar paras 0.68800 dilihat berpotensi menjadi destinasi kenaikan harga sebelum kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon resistance 0.69300.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat