Sentimen Semasa Bagi Pasangan Matawang Usd/Jpy

115

Pemulihan US dolar pada awal sesi dagangan Eropah, ditambah lagi dengan kelemahan Yen, telah menyebabkan Usd/Jpy menguat hari ini. Pasangan matawang ini sedang didagangkan di paras 114.28, naik 0.80% daripada penutupan sesi Rabu.

Jika dilihat dari pergerakan hari ini, Usd/Jpy telah menembusi ‘upper trenline‘ menurun yang terhasil dari pergerakan harga sejak awal 2017.

Harga cuba untuk menembusi trenline tersebut sejak dari minggu lalu tetapi gagal. dan sekali lagi trenline ini cuba diuji dalam sesi Rabu dan masih gagal untuk ditembusi. Trenline ini hanya dapat ditembusi hari ini yang jelas dilihat dalam time-frame 4 jam.

Lewat hari ini Kementerian Kewangan Jepun melaporkan pelaburan bon oleh rakyat Jepun di luar negara berkurangan sebanyak 539 billion Yen pada minggu berakhir 20 Januari. Jika dibandingkan dengan pelaburan asing ke dalam pasaran bon Jepun pada minggu berakhir 13 Januari meningkat 332.1 billion Yen. Pelabur asing menjual 376.1 billion Yen saham di Jepun pada minggu lepas berbanding pembelian yang berjumlah 246.5 billion Yen.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang Usd berbanding enam matawang utama dunia yang lain masih didagangkan di sekitar 100.26 naik 0.28%. US dolar sejak akhir-akhir ini melemah dengan indeks ini jatuh dari paras tertinggi awal bulan ini.

Pada lewat sesi Rabu, Presiden Trump telah menandatangani arahan bagi pembinaan sempadan US-Mexico dan menghentikan bantuan kepada pendatang haram ke US.

Time-frame 4-Jam
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat