Sentimen Semasa Dan Faktor Penggerak US Dolar Setakat Ini

50

Indeks US dolar masih berada di paras terendah 13 bulan hari ini, tetapi telah bergerak perlahan berikutan data-data ekonomi US minggu ini tidak banyak membantu sentimen positif terhadap US dolar setakat ini.

Apabila melihat data pembuatan dan perkhidmatan US pada Isnin oleh Markit yang di luar jangkaan dengan bacaan lebih daripada ramalan, sekali gus meningkatkan sedikit hasil 10-tahun Perbendaharaan US di samping dapat menyokong kekuatan greenback.

The Fed di jangka akan mengekalkan kadar faedahnya minggu ini, jadi tumpuan para pelabur adalah mencari isyarat baru sekiranya terdapat perubahan kepada perancangan kenaikan kadar faedah tahun ini. Di samping itu, penelitian turut di berikan terhadap pelan yang akan di ambil oleh bank pusat untuk mengawal penyata imbangan.

Shinichiro Kadota, pegawai kanan Strategi FX Barclays di Tokyo berkata, dollar di lihat tidak akan meningkat dalam tempoh terdekat ini berikutan kebimbangan terhadap politik US.

Jared Kushner, menantu dan juga penasihat kanan Trump, menjelaskan kepada pegawai penyiasat senat semalam bahawa beliau pernah bertemu dengan pegawai Rusia sebanyak empat kali namun pertemuan tersebut tidak memberi sebarang pengaruh terhadap Pilihanraya US 2016.

Selain daripada isu politik US, kadar inflasi yang tidak mencapai sasaran turut menjadi punca kepada kelemahan dollar bulan ini.

Penganalisa pasaran juga menyatakan, siasatan terhadap kempen Presiden Trump merupakan salah satu faktor yang melambatkan agenda Trump dalam pemotongan cukai dan peningkatan perpebelanjaan infrastruktur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat