Sentimen Semasa Kenaikan Kadar Faedah THE FED Oleh Ahli FOMC

70

Fed William

Ekonomi US akan menjadi lebih kukuh bagi Federal Reserve mengurangkan pegangan asetnya pada September, kata Presiden Fed cawangan San Francisco pada Rabu yang menunjukkan bank pusat semakin hampir dalam proses pengurangan penyata imbangan.

“Mesyuarat September adalah bersesuaian untuk melakukannya,” kata William kepada wartawan selepas berucap dalam satu Kelab Ekonomi di Las Vegas.

Tambahnya, beliau selesa dengan pandangan Fed yang akan menaikkan sekali lagi kadar faedah tahun ini dan juga sebanyak tiga kali tahun depan. Untuk rekod, William tidak mengundi dalam penetapan kadar faedah tahun ini.

William juga berpendapat, Fed perlu mengurangkan pegangan asetnya secara beransur-ansur bagi mengelakkan ekonomi dari terlalu-panas (overheating) .

Fed Mester

Manakala seorang lagi ahli Fed, Loretta Mester berpendapat bank pusat perlu fokus kepada mengetatkan polisi secara beransur-ansur kerana faktor tunggal telah menyebabkan inflasi lemah sejak beberapa bulan lalu.

Mester juga berpendapat ada lagi satu kenaikan kadar faedah tahun ini dan tiga kali tahun depan.

Fed Bullard

Fed Bullard pula menentang kenaikan kadar faedah oleh bank pusat dan memberi amaran lebih banyak kenaikan kadar akan menyebabkan sasaran inflasi 2% lebih sukar dicapai.

“Dengan trend inflasi, yang semakin merosot pada 2017, saya tidak akan menyokong kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat,” kada Bullard. “Ia memang boleh naik, tetapi kita perlu tunggu. Saya rasa kita patut kekalkan saja kadar semasa.”

Fed Rosengren

Rosengren pula melihat terdapat risiko munasabah di mana kadar pengangguran akan jatuh di bawah 4% dua tahun akan datang.

Beliau juga berpendapat ada satu lagi kenaikan kadar faedah Fed tahun ini dan tiga kali pada tahun depan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat