Sentimen Semasa Matawang GBP Didominasi Isu Rundingan Brexit

59

Matawang Pound (GBP) bergerak volatile (turun-naik) pada Isnin dengan perunding-perunding Brexit hampir mencapai kata sepakat dalam rundingan fasa pertama, namun tiada perjanjian yang dicapai antara May dan Juncker.

Matawang GBP mengukuh pukul 7 malam pada Isnin dengan laporan optimistik bahawa terma Brexit dapat dicapai. Namun, menjelang akhir sesi Eropah terdapat bantahan oleh parti DUP Ireland Utara.

Kerajaan UK mencadangkan agar Ireland Utara terus tertakluk di bawah undang-undang Kesatuan Eropah (EU) selepas Brexit, dalam masa yang sama membenarkan UK mengekalkan sempadan bersama Ireland. Walaubagaimanapun, DUP mahukan Ireland Utara dilayan sama seperti negara UK yang lain, menyebabkan perjanjian tidak dapat dicapai pada Isnin.

Perunding UK dan EU optimis perjanjian akan dicapai beberapa hari lagi, tetapi pasaran bimbang dengan perkembangan semasa ini sehingga menjual Pound dan menyebabkan pasangan matawang GBP kekal tertekan.

Kejatuhan matawang GBP pada Selasa adalah disebabkan kebimbangan pasaran bahawa tiada perjanjian terhadap sempadan Ireland sehingga minggu depan dengan rundingan akan berlanjutan sehingga 2018.

Hal ini sebenarnya akan menangguhkan rundingan fasa kedua yang termasuk perjanjian perdagangan dua pihak. Jika perjanjian ini terus ditangguhkan, ia akan memburukkan lagi kebimbangan pelabur terhadap ‘hard Brexit‘.

Selain daripada sentimen semasa politik, data ekonomi penting PMI sektor perkhidmatan yang dikeluarkan hari ini agak mengecewakan.

Aktiviti sektor perkhidmatan UK jatuh lebih daripada jangkaan pada November memburukkan sedikit keyakinan terhadap ekonomi Britain. Sektor perkhidmatan UK mewakili 80% daripada keseluruhan ekonomi dan kejatuhan indeks ini sudah tentu membimbangkan pelabur di negara itu.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh IHS Markit, indeks PMI sektor perkhidmatan jatuh kepada 53.8 daripada 55.6 yang dicatat pada Oktober. Jangkaan untuk data kali ini adalah 55.0.

Berita baik adalah berkaitan dengan harga, dengan tinjauan PMI ini merekodkan kenaikan harga purata terbesar sejak Ogos 2008 yang mana ketika itu harga minyak mentah melonjak sebelum krisis kewangan global. Pasangan matawang GBP/USD melonjak 50 pip selepas data ini dikeluarkan pukul 5 petang pada Selasa.

Fokus pasaran ketika ini kekal terarah kepada perkembangan rundingan Brexit dan ia akan terus memandu pergerakan Sterling dalam masa terdekat. Jika EU dan UK dapat mencapai perjanjian terhadap sempadan Ireland, matawang Sterling dijangka akan membuat pemulihan.

Walaubagaimanapun, jika tiada perjanjian dicapai menjelang perhimpunan EU pada 14 Disember, prospek pergerakan GBP kekal ke bawah dengan kebimbangan ‘hard Brexit’.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat