Sentimen Semasa Matawang Utama Dunia Setakat Malam Ini

754

Matawang Yen mengimbangi pengukuhan US dolar pada Selasa yang menjadikan matawang safe-haven ini paling banyak mengaut keuntungan dalam awal sesi London.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.31% setakat pukul 9.41 malam.

Matawang Euro dan GBP yang membuat rally (kenaikan berterusan) berbanding US dolar sejak minggu lalu kini jatuh sedikit selepas mencapai paras tertinggi. Kejatuhan Euro sedikit sebanyak menyokong kenaikan US dolar.

Matawang GBP membuat sedikit penurunan hari ini selepas data inflasi UK susut kepada 3.0% bulan lalu dari 3.1% yang dicatat pada November.

Terdapat juga laporan bahawa rundingan penggabungan antara SPD dan parti CDU pimpinan Angela Merkel berpotensi untuk gagal apabila ahl-ahli SPD di Berlin menentang gabungan tersebut. Namun, perlu diingat cawangan-cawangan SPD yang lain belum lagi mengundi dan keputusan undian akan diketahui pada 21 Januari dalam kongres parti tersebut.

Terdapat juga khabar angin bahawa perubahan kenyataan polisi ECB tidak akan diubah seawal mesyuarat pertama pada 2018. Tiga sumber mengatakan bahawa ahli ECB sepatutnya “memerlukan analisis yang mendalam sebelum membuat sebarang perubahan”. Oleh itu, perubahan berkemungkinan hanya akan berlaku pada mesyuarat Mac.

Sentimen ketika ini masih berpihak kepada Euro selepas laporan minit mesyuarat ECB minggu lalu. Namun, pelabur ketika ini akan fokus kepada perkembangan politik Jerman terutamanya undian parti SPD sama ada menyertai CDU untuk membentuk kerajaan atau pun sebaliknya.

Jika SPD ingin bergabung dengan CDU, maka ini boleh dianggap pemangkin kepada matawang Euro dan sebaliknya akan menekan matawang tunggal itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat