Sentimen Semasa Menjelang Pembukaan Pasaran New York

48

US dolar memulih semula dan melonjak berbanding Yen dalam sesi Eropah pada Jumaat apabila pasaran dapat menyerap ujian peluru berpandu Korea Utara, walaupun pada mulanya menyebabkan USD/JPY jatuh ke paras terendah pada sesi Asia.

Ujian peluru berpandu itu dibuat selepas 15 ahli Majlis Keselamatan PBB meningkatkan sekatan terhadap Korea Utara dengan menghalang eksport tekstail dan minyak mentah.

“Pasaran sebelum ini telah pasti dengan respon oleh Korea Utara selepas sekatan diketatkan, oleh itu persoalannya adalah bilakah Korea akan respon berbanding adakah mereka akan membuat respon,” kata Adam Cole strategist matawang di RBA Capital Markets.

Matawang Sterling pada Jumaat meneruskan kenaikan dan mencapai paras tertinggi 14 bulan lalu di 1.3350 berbanding US dolar. Hal ini berikutan komen terbaru yang dibuat oleh ahli BoE yang menunjukkan perlunya kenaikan kadar dalam beberapa bulan akan datang.

“Evolusi data semakin menunjukkan yang kita makin hampir kepada kemungkinan perlunya bank pusat menaikkan kadar faedah,” kata Vlieghe dalam ucapannya di London pada Jumaat. Jika ekonomi terus berkembang, “masa yang baik bagi menaikkan kadar faedah mungkin adalah seawal beberapa bulan akan datang.”

Tumpuan untuk data US malam ini akan terarah kepada jualan runcit pukul 8.30 malam di mana ia dijangka akan jatuh kepada 0.1% beerbanding kenaikan 0.6% sebelum ini.

Dalam pasaran cryptocurrency pula menunjukkan Bitcoin susut untuk lapan hari berturut-turut yang menghampiri paras harga $3,000 dan ia di landasan tepat untuk merekod kejatuhan terbesar sejak tahun 2013. Kejatuhan 25% direkod pada Isnin apabila China menutup bursa bitcoin di negara itu seterusnya menambah kebimbangan terhadap kejatuhan pasaran bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat