Sentimen Semasa Pasaran Forex Menjelang New York Open

627

US dollar meneruskan kenaikannya pada Isnin berbanding beberapa matawang utama yang lain. Kini US dollar hampir mencapai paras tertinggi enam minggu yang lalu yang banyak dipandu oleh kenaikan Hasil-bon 10-tahun AS. Dalam masa yang sama data PMI sektor ekonomi Zon Eropah gagal menyokong kenaikan matawang Euro.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.39% setakat pada pukul 8.35 malam. Hasil bon 10-tahun AS (US 10-yr treasury yields) terus membuat kenaikan sejak minggu lalu dan kini menghampiri paras 3.0%.

Major pair EUR/USD setakat ini telah jatuh 0.42% dengan pair GBP/USD jatuh 0.28%. Pair USD/JPY pula naik 0.54%, USD/CAD naik 0.28% dan USD/CHF naik 0.09%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing jatuh 0.44% dan 0.47%.

Matawang paling kuat menjelang pembukaan sesi New York adalah US dollar dan yang paling lemah adalah Yen dan NZD.

Matawang Yen ketika ini tertekan disebabkan sentimen pasaran yang beransur pulih pada awal dagangan minggu ini. Matawang Yen dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain dan kelemahan ini juga disebabkan peningkatan hasil-bon di Amerika Syarikat di mana terdapat aliran modal keluar dari Jepun ke Amerika berikutan sikap pelabur yang mencari hasil pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat.

Hasil bon yang lebih tinggi di Amerika Syarikat juga menyebabkan matawang AUD dan NZD yang berkadar faedah tinggi terus jatuh pada Isnin. Ini bukanlah perkara baru, kerana kedua-dua matawang membuat penurunan apabila hasil-bon 10-tahun AS mulai membuat kenaikan sejak Selasa minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat